in

PDRM Tawar Diskaun Kompaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula Esok

Saman2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang mempunyai saman trafik boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% mulai esok (18 Jun 2021) sehingga 18 Julai depan.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata tawaran pengurangan kompaun saman trafik yang ditawarkan oleh PDRM itu  tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

 

PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.”

Saman 1

Katanya lagi, orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM, muat turun aplikasi di telefon pintar.

“Aplikasi MyBayar saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.”

Dalam pada itu, Datuk Azisman berkata, sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, tidak boleh bayar di kaunter pembayaran saman di Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah kerana ianya ditutup bagoi membendung penularan jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, lapor Astro Awani.

Selain itu, beliau berharap dengan kempen ini, ia dapat membantu orang ramai dalam situasi sukar ini.

MyBayar saman adalah insisatif JSPT untuk menyokong kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai kepada masyarakat.

 

Baca : Rakam Video Dan Hantar Surat Saman Ke Rumah, Ini Cara Baru JPJ Tangkap Pesalah Trafik

Trafik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.