in

Lelaki Sangka Dah Kena Scam di Shopee, Rupa-rupanya Dapat Tahu Budak 11 Tahun Baru Mula Meniaga

Baru 11 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah banyak kita dengar mengenai kisah individu yang terkena scam ketika membeli barangan di platform jual beli online kerana tidak berhati-hati.



Walau bagaimanapun, kisah kali ini unik sikit sebab si pembeli bukan kena scam tapi ada perkara lain yang berlaku membuatkan korang tersentuh membaca kisahnya.

Menerusi perkongsian Cek Ammey Abu Bakar di Facebook, dia telah berkongsi kisah yang pada awalnya disangka telah di’scam’ oleh penjual ‘ring light’ di Shopee.

Ring light yang dibeli kecil saiznya dari saiz yang dinyatakan dan dia pun contact lah seller tersebut untuk bertanyakan tentang hal itu.

218240576 4547181791987648 3020855266079556909 N

Namun bila ditanya, penjual pula macam tak berapa tahu sangat tentang barang yang dijualnya. Aik?? Macam mana tu. 

Dah tu alasan dia bagi tak munasabah pula. Saiz 10 dengan 10 inci pun tak tahu.

“Aku kira nekad dah nak refunds je sebab aku rasa ini kes kena scam ni, walaupun berapa Ringgit je.

“Kalau return memang aku akan buat report terus, biar orang lain tak terkena. Shop dia pun kena ban,” katanya.

Ring Light 1

 

“Minta maaf saya baru 11 tahun” 

Namun lelaki ini terkejut apabila seller tersebut tiba-tiba minta maaf dan mengaku yang dia baru berusia 11 tahun dan baru belajar berniaga di Shopee dengan cara dropship.

Mendapat tahu hal tersebut, lelaki itu terus membatalkan niatnya untuk refund atau return barang itu. Dia siap tolong ajar adik ni lagi untuk tukar description kat page jualan dia. Baiknya! 

214501743 4547182398654254 471257879171932345 N

215443438 4547182538654240 3440344380470620253 N

Malah kanak-kanak itu juga memberitahu yang tujuan dia menjual di Shopee adalah untuk membantu keluarga. Alahai… kecik-kecik dah pandai cari duit ye dik. 

218338460 4547182761987551 8227371614397194130 N

Aku kena SCAM dekat shopee.Kisahnya aku beli ring lights 33cm, tapi bila sampai saiz kecik. 26cm.Bila dah tersilap,…

Posted by Cek Ammey Abu Bakar on Thursday, July 22, 2021

Perkongsian tersebut telah mendapat 3.8k shares yang mana rata-rata netizen salute dengan usaha adik ini dah mula berniaga dalam usia yang muda.

Semoga terus sukses dik! 

Baca: “Ya Allah kesiannya” – Sebak Tengok Anak Muda Berniaga Dalam Hujan, Azad Jasmin ‘Borong’ Burger Jualannya

Jual

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.