in

Pawang Ramal COVID-19 Lenyap Dari Muka Bumi Pada Tahun Ini

Bomoh

Sehingga kini lebih 83 juta kes positif Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan hampir 2 juta kematian dilaporkan.

Ia merupakan satu angka yang sangat besar dan menakutkan, ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian malah turut memberi kesan kepada ekonomi negara-negara terlibat.

Pelbagai usaha dilakukan negara kita khususnya dalam membendung wabak ini.

 

COVID-19 akan lenyap tahun ini

Namun jangan risau! Sebab ada tok pawang yang meramalkan pandemik ini akan lenyap pada tahun 2021.

Eh, yakin je pawang ni kan?

Sekumpulan pawang di Peru meramalkan yang Covid-19 akan hilang dari dunia pada 2021…tahun ni lah kan?

Ramalan itu dilakukan ketika satu upacara ritual yang dilakukan di Lima, Peru, lapor mStar.

1 1

Ini antara kenyataan yang diberikan salah seorang pawang tersebut…

Wabak itu akan hilang. Ia akan hilang, ia akan menjadi tenang. Orang ramai akan membuka sisi kerohanian mereka, kedamaian mereka. 2021 sedang dalam perjalanan”

Ketika upacara itu, sekumpulan pawang dilihat memakai pakaian tradisional, berlaung dengan mengangkat sepanduk bertulis ‘Selamat Datang 2021’.

 

Baca : Dipercayai Hilang Kerja Akibat COVID-19, Foto Viral Bapa Pakai Maskot Cari Rezeki Sambil Gendong Anak Undang Sebak

3

Sumber: Reuters