in

‘Patut la kucing ni masuk uni’ – [Video] Bijak! Kucing Pandai Buka Pintu Sendiri Buat Netizen Terhibur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, kucing memiliki fizikal yang gebu dan comel membuatkan ramai yang geram dengan haiwan ini. Personaliti kucing yang manja dan rapat dengan manusia juga menjadikan ia antara haiwan popular dipilih untuk dipelihara.


Jika sebelum ini gelagat kucing dengan panggilan ‘oyen’ sering menjadi tumpuan ramai, namun kali ini kucing berwarna bulu lain pula yang ‘buat hal’. Menerusi satu video yang tular, kelihatan seekor kucing berwarna putih dan tompok hitam bersantai di depan pintu bilik.

Pada awalnya, memang nampak tiada apa yang pelik, biasalah kucing bersantai di kaki lima kan? Tetapi tiba-tiba kucing ini buka pintu bilik tersebut dengan cara melompat dan menekan tombol. Fuh! Bijak betol!

Video gelagat kucing tersebut yang berdurasi 17 saat itu setakat ini meraih sebanyak 200 ribu views! Wow! Menurut Aiman lagi, kucing itu sudah terkenal kerana kucing tersebut merupakan ‘super senior’ di Unisza.

Sementara itu, aksi comel kucing tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat ‘si bulu’ itu. Tidak terkecuali, ada juga yang mengimbau kembali kenangan di universiti yang bertapak di Terengganu itu.

Lama sangat repeat paper kucing tu, sampai dah pandai bukak pintu sendiri dah.. Hahaha

 

Baca: Meninggal mlm jumaat skali dgn oyen – Penunggang Motor Maut Langgar Pasu Waktu Cuba Elak Kucing Melintas

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.