Seorang individu yang dikatakan bekerja sebagai penolong pegawai kesihatan mendapat perhatian netizen berikutan dengan videonya yang menceritakan pasal pesakit HIV yang dia jumpa.
Ia dijadikan sebagai topik utama sebelum memulakan hujah mengenai kesedaran kepada orang ramai untuk jauhkan diri daripada maksiat.
Pekerja Kesihatan seharusnya memberikan rawatan tanpa sebarang stigma dan diskriminasi.”
Dalam video tersebut lelaki yang dikatakan seorang pegawai kesihatan itu menceritakan bahawa ada seorang pesakit berjumpa dengannya untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi.
Nak dipendekkan cerita, pesakit itu rupa-rupanya disahkan positif HIV, dia juga ada dedahkan kehidupan pesakit itu.
Ada netizen yang sokong dengan kata-kata pengajarannya namun majoriti kurang senang dengan kenyataannya kerana dianggap seperti jatuh hukum terhadap pesakit tersebut kerana dijadikan sebagai bahan contoh.
Perkara ini sampai ke perhatian Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan ternyata mereka kurang senang dengan kenyataan tersebut.
Menurut MAM, telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan menambahkan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV.
“Pekerja Kesihatan seharusnya memberikan rawatan tanpa sebarang stigma dan diskriminasi berlaku di fasiliti kesihatan. Majlis AIDS Malaysia berharap semua yang bekerja dalam bidang kesihatan.”
Sebuah video TikTok yang telah dirakamkan oleh seorang pekerja kesihatan (Health Care Worker) di utara Malaysia telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan menambahkan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV.
1/4 pic.twitter.com/i6lg2Sx0JL
— Malaysian AIDS Council (@myAIDScouncil) September 29, 2021
Kata MAM menerusi laman Twitter rasmi mereka lagi, ia bagi memastikan maklumat mengenai HIV dilakukan dengan betul dan selari dengan wawasan KKM dan Pelan Strategik Nasional ‘Ending AIDS 2030’ untuk mengakhiri stigma dan diskriminasi terhadap HIV.
Oleh itu, MAM memaklumkan perkara ini kepada Pegawai AIDS Negeri Perlis untuk membuat siasatan lanjut pasal lelaki tersebut.
Di Twitter, video ini telah meraih lebih daripada 1,000 perkongsian sejak dimuat naik semalam manakala di TikTok ia meraih lebih daripada sejuta tontonan sebelum profil tersebut disulitkan.