in

Pasangan Pengantin Ini Hanya Belanja RM1,350 Untuk Perkahwinan Mereka. Begini Caranya….

Gk8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan bercinta yang berhasrat untuk ke gerbang perkahwinan pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang mewah. Tetapi tidak bagi pasangan ini apabila mereka hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM 1,350 sahaja. Mari kita baca bagaimana mereka boleh melangsungkan perkahwinan dengan bajet yang sedikit!


Gk2
sumber: world of buzz

San San, berusia 22 tahun yang berasal dari China, baru-baru ini melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya dan gambar perkahwinan mereka telah tersebar di laman WeChat.

Menurut laporan World of Buzz, majlis perkahwinan San San merupakan perkahwinan yang ringkas dan hanya menelan belanja sebanyak 2110 yuan (RM1,350). Pasangan ini tidak mahu berbelanja banyak kerana baru memulakan kerjaya masing-masing.

Gk3
sumber: world of buzz

Jika biasanya pasangan pengantin akan menyewa dewan yang besar, mereka ini hanya membayar sebanyak 1,500 yuan (RM960) sahaja untuk menyewa sebuah rumah dan baki selebihnya telah dibelanjakan untuk baju kahwin yang biasa, sebotol wain dan 2 cincin untuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Gk7
sumber: world of buzz

San San berkata dia dan pasangan telah mendaftar perkahwinan mereka pada September lalu dan hanya mengadakan majlis perkahwinan kerana terikat dengan tradisi.

Mereka berdua tidak mahu bersusah payah mencari duit untuk menjemput saudara mara yang ramai dan tidak rapat. Jadi mereka mengambil keputusan untuk mengadakan majlis kecil-kecilan sahaja,” kata rakan San San.

Gk6
Sumber: world of buzz

Ramai netizen memuji pasangan ini kerana tidak membazir dan bersifat matang. “Asalkan mereka gembira, itu yang lebih penting”, komen seorang netizen.

Namun mereka turut menerima kecaman daripada beberapa netizen yang lain mengatakan, “Jika saya lelaki itu, saya tidak akan mengahwini kekasih saya selagi tidak dapat menyediakan sebuah rumah untuk dia. Mereka juga masih sangat muda!”

Majlis mereka sangat berbeza dari majlis perkahwinan yang lain, sangat ringkas dan menggunakan belanja yang sedikit sahaja. Apa pendapat anda dengan perkahwinan mereka ini?

Baca: Wanita Ini Kongsi Bajet Kahwin RM6,000 Tetapi Dikritik Netizen

Gk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.