Kalau keluar cerita pasal pasangan kekasih kena tangkap sebab buat perangai tak senonoh ni selalunya dekat kawasan tersembunyi ataupun hotel-hotel terpencil. Tapi tak sangka ada manusia yang tergamak buat maksiat dalam masjid.
Menurut TribunJabar, sepasang kekasih telah ditangkap oleh penduduk tempatan lepas dikesan melalukan seks dalam sebuah masjid di Semarang, Indonesia. Pasangan tersebut khabarnya bukan pertama kali melakukan perbuatan terkutuk tersebut dalam masjid.
Jumpa kondom di ruang solat wanita
Kegiatan tak bermoral pasangan kekasih ni terbongkar selepas pihak masjid menjumpai kondom berhampiran almari telekung di ruangan solat wanita. Pelik dengan penemuan tersebut, pihak masjid nekad untuk pasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid.
Hasil rakaman kamera litar tertutup tersebut, memang jelas-jelas kelihatan muka pasangan kekasih berusia 22 dan 23 tahun itu sedang melakukan kegiatan tidak elok dalam masjid. Melihatkan rakaman, ketua penduduk sangat marah dan keliru bagaimana pasangan tu sanggup buat seks di masjid dan lebih teruk lagi yang dekat dengan perkampungan.
Pesalah rosakkan CCTV
Apa yang mengejutkan, pemuda yang buat perangai tak senonoh dalam masjid tu mungkin perasan yang CCTV dah dipasang so dia rosakkan kamera tu. CCTV tu sampai jadi bengkok dan keadaannya dah tak elok.
“Awalnya kami hairan jugak, kenapa bentuk CCTV berubah jadi bengkok. Lepas periksa, memang nampak la dua orang pasangan kekasih tu sedang buat benda tak elok dalam masjid,” kata ketua penduduk.
“Saya pelik bagaimana pasangan itu sanggup berbuat perkara tidak senonoh berulang kali dalam masjid yang begitu dekat dengan kampung mereka.”
Difahamkan, kes kini masih dalam siasatan.
Masjid sepatutnya jadi tempat untuk kita beribadah dan menambah amal kebaikan, tapi tak sangka ada orang tergamak buat benda tak elok dalam masjid.
Baca: Padah Berkhalwat, Pasangan Bercinta Dimandikan Dengan Air Kumbahan