in

Pasangan Diganggu Makhluk Halus Tahap ‘Ekstrem’ Ketika Pindah Di Rumah Baru

Screenshot 2022 08 01 134823

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pindah ke rumah baru mesti akan membuatkan kita akan rasa ada vibe dan persekitaran positif pada diri, membuak-buak mood nak memulakan kehidupan baru terutamanya buat pasangan yang telah berkahwin.

Tapi bukan semua bernasib baik sebab ada kalanya ‘tempat’ baru yang dihuni itu memberikan satu anasir negatif dimana ada ‘gangguan’ yang menjejaskan ketenteraman untuk terus tinggal dekat rumah tersebut.


 

Mula diganggu seawal hari kedua masuk rumah

Satu kejadian aneh berlaku kepada pasangan ini apabila mereka terpaksa berpindah ke sebuah rumah di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya atas urusan kerja.

Menerusi lama Twitter Isu Semasa Viral yang kini sedang mendapat perhatian warganet hingga lebih 2,000 jumlah retweets dalam masa 12 jam itu, isteri menjelaskan rumah itu dipilih kerena lokasinya yang begitu strategik.

Katanya ia dekat dengan pasaraya dan klinik kerajaan. Masa hari pertama pasangan ini menetap di rumah tersebut, semuanya baik belaka, biarpun si isteri dah mula rasa lain macam kerana ternampak kain putih lusuh berlumpur kering dalam bilik tidurnya. Namun, detik hitam buat pasangan ini bermula pada hari kedua.

Ketika suaminya pergi ke kerja dia tiba-tiba terdengar bunyi orang mandi di dalam bilik air, bunyi mandiannya itu sangat kuat dan ‘gelojoh’, wanita yang dalam ketakutan terus menghubungi suaminya dan dipesan untuk baca ayat suci al-quran.

Agak mengerikan dan menjijikkan buat wanita ini setelah melihat apa yang dia temui dalam bilik air tersebut setelah bunyi itu hilang.

Masak nasi, nasi jadi bau hancing

Katanya lagi, pernah sekali dia masakkan nasi, nasi yang baru masak itu basi dan bau hancing! Amat pelik kerana nasi tersebut baru sahaja, dia kata masih panas lagi.

Jadi, suaminya ambil inisiatif terus azan tengah-tengah rumah. Tapi, ia seolah-olah seperti ‘tak makan saman’ apabila ‘benda ‘ itu ikut azan dan main gelak-gelak.

Sepanjang hidupnya, ini adalah pertama kali dia alami kejadian mistik sebegini.

Mengadu dekat itu, owner kata itu masalah peribadi penyewa

Disebabkan gangguan seperti ini, pasangan tersebut ada hubungi pemilik rumah, respon tuan rumah seperti mahu lepas tangan.

Berbalik kepada cerita gangguan tadi, selepas penggilan itu dimatikan, ‘benda’ itu ketuk pintu belakang dapur rumah mereka dengan begitu kuat.

Suami dapat text mantera daripada isteri

Keesokan harinya, mereka bagun tidur, terdapat kesan lebam di tubuh mereka dan ia membuatkan wanita ini takut duduk rumah berseorangan, namun begitu, suaminya berpesan supaya beranikan diri kerana ‘benda’ itu akan lagi suka kalau penghuni jadi takut.

Sepanjang hari, dia tidak diganggu langsung, tetapi suaminya tiba-tiba menerima mesej daripada isterinya walhal isterinya tiada hantar apa-apa, ianya seperti satu mantera.

 

Makin ekstrem, bakar semua duit

 

Mereka pada waktu itu merancang untuk pindah rumah baru, tapi terbatas kerana faktor wang. Seolah-olah dapat ‘hidu’ niat pasangan ini, esok paginya mereka dapati wang, kad pengenalan mereka telah dibakar setelah terhidu bau hangus semasa tidur.

Tak cukup dengan itu, bingkai gambar perkahwinan mereka tiba-tiba retak dan diiringi dengan bunyi wanita mengilai di ruang tamu.

Telefon ustaz, kena perli dengan ‘benda’ itu

Tak tahan dengan gangguan tersebut,  suaminya yang terpaksa ponteng kerja itu terus hubungi ustaz, agak mengerikan apabila ‘benda’ tu dapat tahu apa yang dijawab oleh ustaz tersebut. Meremang weh.

Gangguan makin ‘ekstrem’ bagun tidur ada dekat bilik air, balik rumah ada burung gagak terbang dalam rumah, letak atas meja

 

Nak pindah rumah, ‘benda’ itu mula tunjuk diri

Dia pada waktu itu sedang tergamam melihat ‘benda’ itu muncul kan diri, agak aneh kerana ianya berlaku pada awal pagi. Rasa tergamam itu sampai dia tak mampu nak jerit panggil nama suaminya.

Bagimanapun, keadaan pasangan ini kembali normal, mereka kini sudah pindah ke rumah baru dan rumah tersebut ‘bersih’ daripada anasir-anasir mistik ini.

Baca : “Esok pagi tengok pinggan ada cacing” –  Netizen Kongsi Pengalaman Seram Makan Di ‘Restoran Mistik’

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.