in

Memang Rare! Bakal Pengantin Ambil Risiko Panjat Gunung Berapi Untuk Gambar Pre-Wedding

Pre Wedding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar pre-wedding seakan-akan telah menjadi trend bagi pengantin zaman kini. Mereka akan bergambar lengkap dengan pakaian pengantin serta berlatarbelakangkan kawasan yang cantik. Menurut WORLD OF BUZZ, Danny Ong dan Krystle Tee bukanlah seperti pasangan biasa kerana difahamkan, mereka menginginkan gambar pre-wedding lain dari yang lain serta di luar jangkaan.


Bagi merealisasikan impian ini, pasangan itu perlulah mempunyai jurugambar yang sama kreatif seperti mereka. Oleh itu, mereka telah menghubungi Keow Wee Loong, seorang jurugambar dari Malaysia yang memang terkenal dengan skill fotografi yang hebat serta berani menyahut cabaran.

Pasangan ini bertanya sekiranya saya tahu tempat yang mistik untuk menangkap gambar pre-wedding mereka,” kata Keow.

Keow kemudian memilih Kompleks Gunung Berapi Ijen yang bertempat di Indonesia sebagai lokasi pengambaran pre-wedding mereka. Kompleks Gunung Berapi Ijen ini sangat terkenal dengan bara api yang berwarna biru.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mereka ke kawasan gunung berapi ini kerana tidak boleh dinaiki dengan kereta. Oleh itu, Keow dan pasangan itu berjalan selama tiga jam untuk sampai ke lokasi tersebut. Sepanjang perjalanan, mereka sentiasa berjaga-jaga kerana takut ditangkap ranger.

Setibanya di lokasi, mereka dapat merasakan bahang daripada gunung berapi tersebut dan bertuah kerana segalanya telah berjalan dengan lancar. Mereka turut memakai topeng gas kerana gas dari gunung berapi itu adalah bahaya untuk kesihatan apabila disedut.

Pengambaran pre-wedding Danny dan Krystle mengambil masa selama 5 jam iaitu dari jam 6 petang hingga 11 malam. Walaupun terdapat sedikit kerosakan pada baju bakal pengantin perempuan, namun mereka bertuah kerana Krystle mempunyai baju yang lain untuk dipakai pada hari perkahwinannya.

Hasil gambar pre-wedding mereka telah dimuat naik oleh Keow dan ianya sangatlah memberangsangkan serta mendapat pujian ramai. Jadi menurut netizen, berbaloilah mereka memanjat hingga ke dalam gunung berapi untuk mengambil gambar tersebut.

Memang tak dapat disangkal lagi, ini mungkin gambar yang paling rare kami pernah tengok! Sampai masuk dalam gunung berapi tu!

Baca: Kreatif! Pasangan Ini Ambil Gambar Kahwin Menggambarkan Hubungan Mereka 50 Tahun Dari Sekarang

Kawen 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.