in

“Paperdoll tu sepatutnya buat tarian tradisional”-Normah Damanhuri Mohon Maaf Tarian ‘Erotik’ Di Majlis Kahwin Ahya

Featured 14

Baru-baru ni panas laman media sosial dengan cerita ‘persembahan erotik’ di majlis perkahwinan pelakon dan model Ahya Rosli.

Rata-rata mengecam tindakan Ahya yang menjemput penari tersebut untuk membuat persembahan tarian ‘ghairah’ dengan memakai pakaian seksi pada majlis perkahwinannya yang rata-rata dihadiri pelbagai peringkat usia.

Masa min tengok video tu, min pun terkejut gak

 

Tarian ‘erotik’ hiasi majlis perkahwinan Ahya Rosli

Kalau korang mengikuti perkembangan kes ni,  sepupu Ahya iaitu Faris Al Hajari pun bersuara mengatakan mereka sekeluarga terpelihara daripada kejadian tersebut.

Mungkin terasa dengan kenyataan dikeluarkan Faris, kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM tampil membidas kenyataan tersebut menerusi instastoriesnya. Malah dia mendakwa yang Faris hanya berpura-pura selain pada masa sama dia mengugut untuk membuka aib sepupu dan keluarganya sekiranya mereka keterlaluan..Alamak makin panas

Kutuk 1
Sumber : instagram

So mungkin disebabkan dah banyak sangat kisah tak sedap didengar mengenai majlis perkahwinan anaknya keluar, pelakon veteran Normah Damanhuri tampil memberikan kenyataan berhubung persembahan tarian ‘erotik’ di majlis anaknya itu.

Malah dia sendiri memohon maaf bagi pihak keluarga dan berjanji kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi..akhirnya mak yang terpaksa meminta maaf.

 

“Persembahan paperdoll itu sepatutnya merupakan tarian tradisional..tapi tak sangka pakaian penari keterlaluan..”

Diharap selepas ini perkara seperti itu tidak akan berulang lagi. Ibu Ahya pun dah mintak maaf dan berjanji yang dia sekeluarga akan lebih berhati-hati selepas ini.

Buang yang keruh, ambil yang jernih yer guys.

Baca : “Macam tarian b*gel”  Aksi Ghairah Penari Sewaktu Kenduri Kahwin Ahya Rosli Undang Kecaman Netizen

Hahah