in

Panas Melampau! Sekurang-kurangnya 27 Mati Dalam Masa 6 Hari Sebab ‘Strok Haba’ Di Jepun

Gambar Hiasan 2 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, kebelakangan ini cuaca di negara kita agak panas dari biasanya. Kadang kala sudah buka penghawa dingin pun masih terasa bahang dan perkara itu bukanlah satu perkara yang remeh sebenarnya.


Di Jepun, mereka turut mengalami situasi yang sama dan telah mengakibatkan kematian sebanyak 27 orang setakat ini di kawasan metropolitan dalam tempoh 6 hari di Jepun lapor media tempatan.

Pejabat Pemeriksa Perubatan mengatakan mangsa kematian adalah daripada golongan 50-an hingga 90-an dan sebanyak 70% kematian untuk golongan 70-an hingga 90-an.

Ak Jpht 3007

Daripada 27 jumlah kematian yang berlaku itu, sebanyak 26 kematian telah berlaku di dalam rumah dan daripada jumlah kematian itu juga sebanyak 23 mangsa yang tidak mempunyai alat penghawa dingin di dalam rumah mereka.

Menurut laporan, angka kematian ekoran daripada strok haba di ibu negara Jepun pada bulan Ogos ini telah mencapai sebanyak 53 orang mangsa.

Pihak berkuasa kesihatan Jepun turut menasihati orang awam agar menggunakan penyaman udara sepanjang masa  dan lebih kerap minum air untuk memenuhi sumber air dalam badan supaya  terhindar daripada dehidrasi.

Baca: Kesiannya, panas pakai sut naik tangga lagi – [VIDEO] KKM Pergi Jalan Masjid India, Sampai Depan Rumah Buat Covid Test Untuk Warga Asing

X 1.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.