in

“Palsu dan tidak benar!” – KKM Nafi Berita Pasal Utamakan ‘Influencer’ Untuk Pemberian Vaksin Covid-19

Ft Vaksinpalsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah portal media atas talian telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk “Hasrat beri vaksin pada ‘influencer‘, pengurusan kanan hospital terlebih dulu dipersoal’ bertarikh 25 Februari 2021.


Menerusi artikel itu, ia difahamkan Hospital Serdang merancang untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada pihak pengurusan kanan hospital dan influencer terlebih dahulu. Mengulas lanjut, media itu mendakwa ada bercakap dengan salah seorang kakitangan hospital yang mendedahkan bahawa Hospital Serdang berhasrat untuk meletakkan tiga nama influencer dalam penerima pertama vaksin esok.

Vaksin1

Vaksin2

Dalam satu kenyataan di laman web, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa ianya adalah palsu dan tidak benar.

Melalui ciapan di Twitter juga pihak KKM turut menyebarkan dan memaklumkan bahawa berita diterbitkan media berkenaan adalah palsu.

“Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak Hospital bercadang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain anggota barisan hadapan (frontliners) yang lain.”

“KKM ingin menegaskan bahawa pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Isu ‘memotong barisan’ (cutting queue) bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan ianya akan disiasat untuk tindakan.”

Vaksin3 1

Beliau turut menasihati pihak media untuk melaporkan perkara yang hanya telah disahkan benar serta orang ramai agar menyemak dulu sebelum mempercayai sebarang berita dan menyebarkan kepada orang lain.

Tinjauan kami ke laman web portal terbabit mendapati artikel berkenaan belum dipadam atau ditukar tajuk namun ada membuat kemas kini tentang penafian daripada Menteri Penyelaras Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Baca: “Takkanlah nak cucuk kulit pakai jarum sama” – Doktor Jawab Teori Konspirasi Warna Jarum Lain Masa PM Suntik Vaksin

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.