in

Pakar Ramal Teknologi AI Bakal Jejas Peluang Pekerjaan Rakyat Malaysia Dalam 9 Industri Ini

Teknologi Ai Hilang Pekerjaan Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah stesen radio mencipta sejarah apabila menampilkan juruhebah radio pertama di Malaysia yang berasaskan Artificial Inteligence (AI).


Sememangnya kehadiran teknologi AI telah memudahkan urusan harian manusia namun ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada peluang pekerjaan.

Laporan terkini mendapati seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berisiko hilang pekerjaan sekiranya mereka tidak menaik taraf kemahiran berasaskan permintaan tenaga kerja semasa menjelang tahun 2030.

Forum Ekonomi Dunia tahun 2020 telah memberi amaran bahawa AI boleh menyebabkan berlaku kemelesetan pasaran pekerjaan dengan sebanyak 85 juta pekerjaan digantikan oleh robot menjelang 2025.

Robot Waiters Lolita Kuching

Teknologi AI jejaskan 9 Industri utama

Memetik sumber Sinar Harian, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (Sumber Manusia) Universiti Teknologi Mara Kampus Arau, Dr Muhammad Aiman Arifin berkata, teknologi ini bakal memberi kesan kepada peluang individu untuk menceburi sembilan bidang utama menjelang tahun 2030 iaitu:

  • Industri Makanan
  • Kesihatan
  • Perkhidmatan Pelanggan
  • Perbankan
  • Logistik
  • Khidmat Jualan
  • Pengangkutan
  • Pemasaran
  • Fesyen

Walaupun teknologi AI banyak membantu dalam industri tertentu namun ia juga boleh memberi kesan yang berbeza kepada industri tertentu.

“Kesan pertama, ia akan menyebabkan tenaga kerja manusia tidak diperlukan lagi kerana ia akan diganti sepenuhnya oleh AI,” katanya.

Ujarnya lagi, kesan yang kedua bergantung kepada keputusan majikan untuk menggabungkan manusia dan robot bagi memastikan kelancaran berkaitan manakala kesan yang ketiga adalah meneruskan penggunaan sepenuhnya kepada tenaga manusia.

Dapat dilihat sekarang ini, AI sudah banyak digunakan dalam industri makanan iaitu di kedai mamak menggunakan robot untuk menghantar makanan dan minuman kepada pelanggan.

Susulan ramalan 4.5 juta rakyat kehilangan pekerjaan, beliau berpendapat pekerja perlu memperkasakan kemahiran melalui program peningkatan kemahiran dan latihan semula.

Baca: Cipta Sejarah! Aina Sabrina Jadi DJ Radio Pertama Di Malaysia Yang Berasaskan AI
Ft Dj Radio Ai

Sumber: thehypedgeek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.