in

Pakar Ramal Hidup Kembali Normal Dalam Masa 7 Tahun Lagi Ikut Kadar ‘Vaccination’ Hari Ini

3Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang menjangkiti lebih 105 juta orang dan menyebabkan jumlah kematian mencecah 2.3 juta, persoalan mula timbul; bilakah waktu sebenar wabak ini akan berakhir.


Bloomberg telah mereka satu pangkalan data terbesar Covid-19 bagi menunjukkan jawapan kepada persoalan tersebut. Jawapan bilakah hidup kita akan kembali normal boleh diperoleh dengan cara mengukur tahap program vaksinasi yang sedang dilancarkan di seluruh dunia yang sehingga kini, lebih 119 juta dos suntikan vaksin telah diberikan.

Screenshot 2021 02 07 At 2.46.44 Pm
Sumber: google image

Kembali normal dalam tempoh 7 tahun

Analisis baharu mereka berdasarkan kadar program vaksinasi meramalkan pandemik tersebut akan berlarutan untuk tempoh tujuh (7) tahun lagi sebelum mencapai sasaran imuniti kelompok.

Selain itu, tempoh masa yang dijangka untuk hidup kembali normal ini juga bergantung kepada keberkesanan vaksin sedia ada untuk mencegah virus bermutasi yang dikesan di Afrika Selatan, Brazil dan United Kingdom. Data diperoleh daripada lebih 67 negara juga menunjukkan pemberian lebih 4.5 juta suntikan dos vaksin pada setiap hari yang menyaksikan lebih 119 juta dos suntikan telah diberikan setakat ini

Screenshot 2021 02 07 At 2.46.29 Pm
Sumber: google image

Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menganggarkan kehidupan akan kembali normal jika program vaksinasi itu meliputi 70 hingga 85 peratus populasi dunia.

 

Screenshot 2021 02 07 At 2.46.54 Pm
Sumber: google image

Ancaman pandemik itu yang masih tinggi menyebabkan kebanyakan negara terutamanya di rantau Eropah bergelut dengan langkah lockdown dan peraturan lain yang bertujuan untuk membendung penularan wabak tersebut.

 

Baca: PM Tawar Jadi Individu Pertama Disuntik Vaksin Covid-19, Mahu Yakinkan Rakyat Vaksin Selamat & Berkesan

Screenshot 2021 02 07 At 2.47.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.