in

Pakar Dakwa Orang Muda Ramai Muflis Sebab Amalkan Gaya Hidup ‘Mewah Tapi Tak Mampu’

23Qas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan masalah inflasi yang berlaku di seluruh dunia, kita diseru untuk sentiasa berjimat-cermat dengan mengurus kewangan sebaiknya. Sekiranya tidak berjaga-jaga, maka masalah seperti muflis dan ketiadaan simpanan masa hadapan bakal berlaku sehingga boleh menyebabkan individu akan terpaksa hidup dalam kesusahan.


Orang muda ramai muflis sebab nak hidup mewah

Seperti apa yang dilaporkan oleh Jabatan Insolvensi, Jumlah orang muda yang diisytiharkan muflis bagi tahun 2018 sehingga September tahun ini direkodkan sebanyak 10,378.

Lebih 20% daripada 47,929 orang yang diisytiharkan muflis dalam tempoh tersebut adalah di bawah umur 34 tahun sebanyak 10,138 berumur antara 25 dan 34 manakala mereka di bawah 25 tahun membentuk 240 kes muflis.

58B8182A 06C3 49Af 8Bb7 11169B85C03E

Menurut The Star, Prof Madya Dr Aida Idris dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya mengatakan bahawa orang muda seharusnya menguruskan kewangan dengan lebih cekap agar tidak berhadapan masalah muflis.

Beliau juga turut memberi amaran kepada orang muda agar tidak terpedaya dengan gaya hidup mewah yang dipaparkan di media sosial kerana ia bukanlah suatu perkara yang baik bagi kebanyakan orang.

Keyel3 2551186 20220809153531

“Tidak kira sama ada anda mampu membelinya, menjalani gaya hidup hedonistik adalah merosakkan.”

Akta Insolvensi 1967 telah dipinda pada 2020, untuk menaikkan ambang muflis daripada RM50,000 kepada RM100,000. Ini adalah kali kedua ambang kebankrapan dinaikkan dalam tempoh beberapa tahun, selepas ia dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000 pada 2017.

Menurut Jabatan Insolvensi, seseorang hanya boleh diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah. Pemiutang boleh memfailkan tindakan muflis terhadap penghutang jika hutang berjumlah RM100,000.

Harap para belia berhati-hati dalam berbelanja…

Baca: “Dah membazir 2 hari” – Isu Kes Tuntutan Tanah Selesai, Aishah Ralat Penaja Rupanya Muflis

Screenshot 2022 11 29 At 4.23.29 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.