Sejak semalam, tular isu seorang wanita berbangsa Cina mendakwa dia disaman kerana berpakaian tidak sopan.
Menerusi laman Facebook miliknya, dia memakai seluar jeans pendek dengan t-shirt yang kelihatan biasa untuk mereka yang bukan Muslim.
Namun, hari ini, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengeluarkan kenyataan yang memberitahu pakaian yang dipakai oleh wanita berkenaan bukanlah pakaian yang sama dengan apa yang dipakainya ketika saman dikeluarkan.
MPKB dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, pihak mereka telah menjalankan semakan dari semasa ke semasa di premis perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam dan bukan Islam tanpa isu, provokasi atau manipulasi mana-mana pihak sepanjang proses pengeluaran kompaun.
Majlis kesal kerana seorang pengguna Facebook membuat kenyataan mengelirukan dan ia memberi persepsi negatif orang ramai terhadap majlis dan pihak berkuasa tempatan.
Sebelum ini, pada 25 Jun lalu, seorang wanita bukan Islam yang menjalankan perniagaan di Kota Bharu telah dikeluarkan notis kompaun kerana memakai seluar pendek.
Dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perindustrian Kelantan 2019.
Selain itu, dia juga diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk menyelesaikan kompaun atau berdepan tindakan undang-undang.
Baca: Wanita Bukan Islam Di Kelantan Dikompaun Kerana Berseluar Pendek Di Tempat Awam