in

Pakai Kain Pelikat & Berkopiah, Ini Cara Madura United FC Lancar Jersi Baharu Pasukan

1Madura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kelab bola sepak Indonesia, Madura United FC telah membuat kelainan ketika melancarkan jersi terbaharu pasukan mereka.


Screenshot 2023 06 17 At 1.24.31 Pm

Pasukan Madura United FC telah memilih untuk mengadakan acara perasmian jersi di Pondok Pesantren Al-Hamidy, Pamekasan, Indonesia.

Yang menarik tentang perasmian jersi ini adalah kesemua pemain termasuk barisan pengurusan mengenakan  outfit ala-ala penuntut pesantren (sekolah pondok) iaitu lengkap berkopiah dan berkain pelikat.

Screenshot 2023 06 17 At 1.24.05 Pm

Memetik laporan Radar Solo, semua barisan pemain dan pihak pengurusan kelihatan sangat selesa mengenakan outfit tersebut. Tidak terkecuali, pemain import mereka turut mengenakan outfit yang sama.

Acara perasmian itu turut disambut baik oleh para pelajar dan kakitangan pesantren.

Sumber: Instagram @maduraunited.fc

Baca: Masih Berbisa! Safee Sali Gelecek Pemain EPL, Berjaya Jaringkan Gol

Screenshot 2023 06 17 At 1.23.23 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.