in

“Pagi tu ayah kata nak berehat dulu dalam kereta” – Lelaki Ditemui Maut Oleh Jiran Dalam Kereta

Ft Mati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka bila pertemuan akhir kita.


Seorang lelaki berumur 52 tahun yang dikenali sebagai Lim Tian Poh ditemui mati dalam keadaan mengiring di dalam kereta di hadapan rumahnya.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak ditemui mati pada jam 4 petang oleh jirannya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat mendapati mangsa keluar bersama rakannya pada 10.30 malam kelmarin.

Namun kereta dipandu oleh rakannya kerana mangsa tidak mampu untuk memandu.

Mangsa yang masih mabuk dikatakan tertidur di dalam kereta dihadapan rumahnya sebelum ditegur oleh anaknya pada pagi kejadian.

“Anak mangsa kemudian memaklumkan dia ternampak bapanya berada dalam kereta kira-kira jam 7.30 pagi ketika dia hendak keluar bekerja.

“Anaknya cuba mengejutkan mangsa dan dia memberitahu anaknya yang dia hendak berehat dulu dalam kereta,” 

Sejurus selepas itu, jirannya ternampak mangsa di dalam kereta dengan enjin kereta yang sudah dimatikan.

Capture 4 5

 

Mengesyaki sesuatu berlaku, pihak polis terus dihubungi dan mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) lapor Harian Metro

 

“Menurut anaknya, si mati juga mempunyai rekod rawatan namun tidak pasti penyakit yang dialaminya.

“Hasil siasatan juga dapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada si mati malah dompet dan telefon bimbit juga masih ada padanya selain tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya,”

Kematian mangsa bagaimanapun diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

 

Baca : “Tak tergambar perasaan” Dua Beradik Terduduk Lihat Mangsa Kemalangan Maut Ibu Sendiri

Capture 4 4

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.