in

Pagar Batu Dibina Daripada Ribuan iPhone, Rekaan Rumah Ini Buat Ramai Tergamam

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila disebut sahaja tentang telefon bimbit jenama iPhone, pastu anda terbayangkan sebuah jenama premium yang hanya mampu dimiliki oleh golongan berada sahaja.


Mana tidaknya, harga untuk satu unit telefon bimbit jenama iPhone boleh menyerupai jumlah gaji bulanan seseorang.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang melihatkan sebuah rumah kampung moden yang terletak bertentangan dengan sebatang sungai. Apa yang mengejutkan adalah, pagar batu rumah tersebut diperbuat daripada telefon pintar iPhone!

1 2

iPhone jadi perhiasan dinding

Berdasarkan video tersebut, rumah ini menggunakan telefon pintar iPhone sebagai hiasan pagar batu rumah. Amboi lain macam betul ye!

Lebih menarik, pelbagai jenis iPhone dari segi jenis, warna dan saiz telah digunakan untuk menghiasi rumah tersebut. Walaubagaimanapun, lokasi sebenar rumah ini masih tidak dapat dikenal pasti.

2 2

Mungkin lepas ni anda boleh cuba hias dinding rumah dengan menggunakan telefon bimbit jenama Nokia pula. Pencuri pun takut nak dekat kalau nampak!

Kredit: FLjasmy

BACA: “Janganlah nak benda bagus tapi harga murah” – Niat Nak Beli iPhone 11 Online Tapi Kena Scam Sampai Rugi RM 22,750

Capture 5

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.