in

Padang Dataran Merdeka Ditutup 5 Bulan Untuk Penyelengaraan Mulai 1 Ogos

Gambar Hiasan 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dataran Merdeka semestinya salah satu port lepak paling terkenal bagi mereka yang tinggal di sekitar ibu kota Malaysia,iaitu Kuala Lumpur. Bukan sahaja tempat tumpuan untuk hujung mingu dan untuk beriadah bersama keluarga, malah tempat itu turut menjadi tumpuan pelancong asing.


Baru-baru ini, padang yang terkenal dengan kemeriahan sambutan kemerdekaan negara kita itu diumumkan bakal ditutup selama 5 bulan bagi operasi penyelenggaraan. Pengumuman itu dibuat oleh laman rasmi Twitter Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri.

Padang di Dataran Merdeka itu bakal ditutup sepenuhnya bermulai 1 Ogos hingga 31 Disember tahun ini. Menerusi kenyataan DBKL, penutupan itu dibuat  bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumput dijalankan di padang berkenaan.

Kerja penyelenggaraan dan penggantian rumput dilakukan bagi memastikan kehijauan kawasan berkenaan dikekalkan dan kualiti padang dapat dipertingkatkan, menurut notis pemberitahuan DBKL itu. Justeru, semua aktiviti tempahan padang di Dataran Merdeka ditutup buat sementara waktu.

So, adakah sambutan kemerdekaan tahun ini tidak akan berlangsung di dataran keramat itu?

Baca: Letak tape, diaorang putuskan – Mat Motor Dan Kereta Sesuka Hati Rentas Pagar MBSA, Masuk Dataran Shah Alam

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.