in

Orang Ramai Puji Frontliner Sanggup Redah Banjir Untuk Ambil Stok Vaksin Dari Helikopter

2Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang giat dijalankan bagi membentuk imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Malaysia. Sejak seminggu yang lalu, negara kita mencatatkan pemberian dos vaksin sehingga menghampiri setengah juta dos sehari.


Bagi meneruskan hasrat negara untuk membentuk imuniti kelompok, pelbagai usaha dijalankan terutamanya barisan frontliners yang bertungkus-lumus merealisasikannya. Dalam satu video yang min nak kongsi kali ni, kita boleh tengok sekumpulan frontliners sanggup redah banjir untuk dapatkan bekalan vaksin yang dibawa menggunakan helikopter. Korang boleh tengok video @datukhensem yang dikatakan berlaku di Sarawak kat bawah ni.

 

Terima kash frontliners!

Rata-rata netizen memberikan ucapan terima kasih kepada barisan frontliners yang sanggup redah banjir untuk ambil stok vaksin. Dah lah dibawa guna helikopter, air banjir tu kena tiup dengan angin helikopter tu confirm basah habis baju dorang kan.

Screenshot 2021 07 18 At 12.34.55 Pm

Min pun harap macam tu. Dah 2 tahun dorang bertungkus-lumus nak pastikan negara kita selamat. Apa salahnya bagi dorang cuti pulak lepas Covid semua ni dah habis.

Screenshot 2021 07 18 At 12.36.07 Pm

Itu lah, dekat sungai-sungai Sarawak ni dah lah banyak buaya. Risau pulak kot ada yang terlepas time banjir tu. Frontliners kita ni memang sanggup buat apa saja. Hebat dan power betul!

Screenshot 2021 07 18 At 12.36.18 Pm

Min memang tabik spring lah kat frontliners kita ni. Apa pun cabaran sanggup dorang tempuh demi nak pastikan semua rakyat selamat. Respect!

Screenshot 2021 07 18 At 12.35.07 Pm

Terima kasih frontliners. Jasa anda terhadap negara tidak terbalas. Korang memang hero sebenar!

 

Baca: Takut Jarum Punya Pasal, Pak Cik Ini Sanggup Diikat Di Pokok Pisang Ketika Terima Suntikan Vaksin

Screenshot 2021 07 18 At 12.38.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.