in

Takut Jarum Punya Pasal, Pak Cik Ini Sanggup Diikat Di Pokok Pisang Ketika Terima Suntikan Vaksin

Feature Suntikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun orang dewasa dah banyak kali terima suntikan vaksin sejak dari kecil lagi, ketakutan terhadap jarum suntikan ni bukan ketakutan biasa-biasa. Ada yang sampai gabra dan berpeluh gara-gara benda ni tau. Kalau boleh nak je lari kan.


Namun, buat seorang pakcik ini pula, dia telah sanggup diikat di pokok pisang ketika menerima suntikan vaksin sebab takut dengan jarum, lapor Suara.com. Video lelaki itu takut jarum telah tular di media sosial beberapa hari lalu.

Video tersebut telah dikongsikan oleh gusmiftah menerusi Instagram. Kejadian ini dipercayai berlaku di Indonesia.

Dalam video itu, dapat dilihat yang lelaki itu memakai seluar pendek dan telah ‘melekatkan’ dirinya di pokok tersebut manakala tangannya pula berada di belakang. Nampak macam ada tali yang ikat tangan dia tu. Mungkin sebab dia nak elak dirinya tepis tangan doktor yang nak cucuk bahu dia kot. 

Ketika jarum suntikan tu mendekati dirinya, muka pakcik tu nampak macam sangat ngeri dengan jarum. Nasib baik proses suntikan berjalan lancar dan dia dilihat hanya mampu memejamkan mata ketika disuntik.

Suntik 4

Suntik 5

Video yang tular tersebut telah meraih hampir 600 ribu tontonan daripada netizen. Rata-rata terhibur dengan gelagat pakcik itu ketika disuntik dan ada juga yang memuji keberaniannya untuk divaksin walaupun takut jarum.

Suntik 1

Suntik 2

Suntik 3

Apa-apa pun, min memang tabik dengan keberanian pakcik ni. Bukan senang tau nak overcome ketakutan kita. 

Sumber: Suara.com, Instagram @gusmiftah 

Baca: “Awak baca selawat byk2 tau”- Wanita Gabra Nak Cucuk Vaksin, Tutup Mata Guna Facemask Siap Suruh Doktor Selawat

Jarum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.