in

Orang Ramai Disaran Aktifkan Ciri Keselamatan 2FA Elak Digodam & Hilang Akses Media Sosial

Mcmc Minta Guna 2Fa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini mengeluarkan sebuah pesanan khidmat masyarakat mengingatkan semua pengguna media sosial dan pengguna platform pemesejan segera untuk mengaktifkan penyahihan dua faktor (two-factor authorization), 2FA sebagai ciri keselamatan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya tersebut, saranan yang diberikan adalah bagi memastikan akaun media sosial dan pemesejan segera dapat dilindungi disamping penggunaan kata laluan.

Tambah MCMC lagi, sejak dua tahun kebelakangan ini, jumlah aduan berkaitan penggodaman dan kehilangan akses kepada akaun media sosial meningkat lebih dari 50 peratus merangkumi 1,599 aduan yang diterima pada 2020 dan 2,483 aduan pada 2021.

PEMBERITAHUAN:AKTIFKAN PENYAHIHAN DUA-FAKTOR BAGI MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN AKAUN MEDIA SOSIAL DAN APLIKASI PEMESEJAN ANDA#MCMC #SKMM

Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Wednesday, February 9, 2022

“Rata-rata aduan diterima memohon bantuan dan nasihat bagi mendapatkan kembali akses kepada akaun dan halaman milik mereka atau kendalian mereka”

Selain itu, risiko keselamatan begini (penggodaman) menyebabkan penggunaan 2FA oleh pengguna amat penting kerana kes godaman atau pengambilalihan akaun biasanya akan menjurus kepada kecurian identiti atau data peribadi, lebih buruk, ia akan melibatkan kehilangan wang ringgit.

MCMC menjelaskan tanpa penggunaan 2FA, pengguna hanya perlu memberikan nama pengguna beserta kata laluan yang biasanya lebih mudah untuk dijangka selain mudah digodam atau diambil alih.

2Fa

Namun, sekiranya ciri 2FA diaktifkan, selain perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan, pengguna juga akan diminta untuk memasukkan kod daftar masuk atau kunci keselamatan khas sebelum mendapat akses untuk menggunakan akaun mereka.

Sekiranya terdapat cubaan untuk memasuki akaun pengguna, mesej amaran akan dihantar terus kepada pengguna.

Dalam masa yang sama, MCMC turut meminta pengguna agar tidak klik mana-mana pautan yang didapati mencurigakan yang diterima melalui sms, e-mel dan turut berhati-hati dengan panggilan telefon atau mesej daripada individu yang tidak dikenali.

Baca : 123456, ‘qwerty’ & ‘password’ Merupakan Kata Laluan Yang Paling Popular di Dunia – Laporan NordPass

F3 Password

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.