in

“Orang lain yang susah” – Makcik Gelang Pink Disahkan Positif Covid Lepas Buat Saringan Kali Ke-2

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, gambar seorang makcik yang tular di media sosial telah mendatangkan kemarahan netizen kerana individu tersebut gagal untuk patuhi arahan supaya kuarantinkan diri di rumah selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Dalam gambar yang tular itu, jelas kelihatan seorang makcik sedang makan di sebuah restoran dan di pergelangan tangannya, jelas menunjukkan gelang berwarna pink yang diberikan oleh KKM sebagai tanda individu tersebut wajib menjalankan perintah kuarantin.


Rupanya, Sinar Harian melaporkan semalam yang makcik ni sebenarnya adalah salah seorang pesakit yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana positif Covid-19.

109726384 2332060380434603 5493063895651907853 N 1

Dikatakan, gambar tular itu diambil pada 6 Julai lalu semasa dia sedang bersarapan bersama keluarganya, dua hari selepas dia tiba di KLIA.

Nak dijadikan cerita, masa saringan pertama dibuat, wanita ini disahkan negatif Covid-19 namun hari ke-13 selepas menjalani kuarantin, saringan ke-2 menunjukkan wanita ini dan anak lelakinya didapati positif.

Pun begitu, pihak kesihatan menjelaskan kandungan virus dalam badan wanita ini kurang oleh itu risiko untuk menjangkiti orang juga kurang. Tapi masih berisiko kan?

Untuk pengetahuan korang, perkara ini kini dalam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Please lah orang yang kena kuarantin tu bertanggungjawab sikit, tak semestinya saringan pertama negatif bermaksud benda tu tak ada ya? Sebab tu KKM suruh kuarantin.

 

Baca: “Please lah jangan menyusahkan orang” – Dah Lah Tak Kuarantin, Makcik Selamba Keluar Merayau Pergi Makan Dekat Kafe!

Screenshot 2020 07 22 At 11.42.41 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.