in

“Untung ke jual RM1 bang?” – Peniaga Jawab Persoalan Netizen Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan

Polo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi keutamaan kepada sesebuah perniagaan akan mengejar keuntungan dan berusaha untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan dengan pengeluaran modal yang rendah.


Ada juga sebahagian peniaga yang lebih suka menyelit sedikit kegiatan kebajikan dan mengetepikan keuntungan sebagai tujuan utama mereka dalam mengusahakan perniagaan tersendiri. Wah!

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang peniaga yang dilihat sangat baik hati dengan meletakkan harga makanan murah dan sangat jarang dibuat oleh peniaga lain pada zaman kini.

Peniaga jual nasi lemak RM1 sebungkus

Selalunya kita selalu lihat harga nasi lemak sekarang yang telah mencecah RM3 sebungkus di mana-mana gerai tepi jalan lebih-lebih lagi di kawasan ibu kota. Namun, korang pernah tahu tak ada juga peniaga yang masih meletakkan nasi lemak dengan harga RM1 sahaja?

Peniaga yang dikenali sebagai Bang Sudu atau nama sebenarnya Fazrie Haiqal telah mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi video di laman TikTok dan Twitter yang memaparkan tindakannya menjual nasi lemak RM1 di tepi jalan.

Dapat perhatian pempengaruh juga!

Perkongsian aktiviti perniagaannya juga turut mendapat perhatian daripada beberapa pempengaruh seperti Khairul Aming yang sudi mencuba nasi lemaknya.

Lebih menarik, perniagaannya terus diserbu oleh orang ramai selepas Khairul Aming mencuba sendiri nasi lemaknya dan memuat naik di media sosial.

Netizen tanya dapat untung ke?

Rata-rata netizen ada juga yang bertanya mengenai penetapan harga nasi lemaknya yang terlalu murah untuk dijual pada zaman ini lebih-lebih lagi berlaku kenaikan harga barang di seluruh negara.

“Ada untung ke jual RM1 bang?”

Untuk menjawab persoalan itu, dia telah berkongsi sebuah hantaran mengenai tujuan utamanya meletakkan harga yang sebegitu rendah di laman Twitter baru-baru ini.

Menurut hantaran tersebut, dia mengatakan bahawa dia menjual nasi lemak tersebut kerana berniat untuk memudahkan urusan orang lain sahaja pada waktu pagi.

“Dalam masa sekarang ni kalau nak sarapan pun dah kena habis RM10 untuk seorang, bukan semua orang mampu kan?”

Menurutnya, sekiranya dia memikirkan keuntungan untuk berniaga sudah tentu tidak sebesar yang disangka dan juga menegaskan bahawa dia lebih seronok dengan apa yang dilakukan sekarang ini.

“Bagi saya seorang peniaga, as long as saya happy and enjoy dengan apa yang saya buat pun dah memadai. Orang happy saya pun happy.”

Tidak juga ketinggalan dia juga memikirkan adik-adik yang bersekolah dan mendapat wang perbelanjaan yang sikit daripada ibu bapa kerana tidak semua mendapat wang belanja yang banyak.

“Kita sendiri faham makanan dekat sekolah bukan lah murah sekarang ni. Dengan ada nya nasi lemak rm1 sekurang kurangnya saya tahu mereka akan kenyang. Lagi pun bukan semua adik sekolah ni dapat belanja yang besar.”

Fbjnfn3Auaevvt

Fbjnfn3Agaez5X2

Min setuju apa yang peniaga ni cakap. Asalkan apa yang kita buat itu kita happy dah cukup memadai. Masing-masing ada impian tersendiri, jadi tak boleh juga nak letakkan suatu perkara itu sama sahaja. Betul tak?

Baca: ‘Claim’ Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia, TikToker British Kena ‘Bash’

Screenshot 2022 08 29 At 2.21.31 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.