in

“Orang bernikah buat video ‘counting days’ tapi Sha dan Ubai…” – Shila Amzah Reda Pemergian Bakal Ibu Mentua

Shila Ubai Sedih Mak Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…

Itulah beban perasaan yang ditanggung penyanyi terkenal, Shila Amzah dan tunangnya, Ubai apabila ibu kepada personaliti media sosial itu disahkan meninggal dunia petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.


Berita duka tersebut telah disampaikan oleh Ubai dan Shila menerusi laman Instagram masing-masing dan ibu Ubai katanya meninggal dunia akibat menghidap kanser ovari tahap tiga, lapor mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

“Tenanglah mak di sana” 

Terkesan dengan pemergian bakal ibu mentua, Shila Amzah menerusi Instagram hari ini telah meluahkan rasa sedih dan redanya akan apa yang berlaku.

Menurut Shila, apa yang dia dan Ubai lalui sepanjang tempoh bertunang ini sangat berbeza dengan pasangan lain kerana di saat pasangan ‘counting days’ untuk bersama, Shila dan Ubai pula meluangkan lebih banyak masa berulang alik ke hospital untuk melawat bakal ibu mentua.

Shila 1

Kita tak banyak gambar bersama mak, tapi Sha sangat bersyukur walau sebelum jadi menantu pun mak dah layan Sha macam anak sendiri. Keluh resah Sha semua mak pujuk. 

“Dari adik meninggal 2 bulan lepas, mak tetap jadi yang paling kuat, kami pun tak mampu jadi sekuat mak. 

“Untuk semua yang mak pernah lalui mak cakap, ‘kita yang hidup ni harus teruskan kehidupan, hargai siapa yang masih ada di depan kita’,” tulisnya.

Kata Shila lagi, bakal ibu mentuanya antara yang paling teruja berkenaan soal perkahwinan mereka dan pernah juga arwah berkata dia akan menyiapkan segala hantaran jika dia masih sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Every time sebelum balik je dari hospital, mak akan pesan, ‘jaga anak mak ya Sha, Jaga Alieya, jadi kakak dia. Mak, insya-Allah mak, Sha akan cuba yang terbaik,” kata Shila lagi.

Diakhir video juga Shila berkata, bakal ibu mentuanya berharap majlis perkahwinannya dan Ubai tidak akan ditangguh walaupun apa yang terjadi dan lebih menyedihkan bakal ibu mentuanya pergi 6 hari sebelum majlis tersebut berlangsung.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan semoga Shila dan Ubai tabah hadapi dugaan tersebut dan dipermudahkan urusan perkahwinan mereka kelak.

Takziah Ubai dan Shila. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Al fatihah. 

Baca: Shila Amzah, Ubai Ikat Tali Pertunangan

Shibai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.