in

“Game over!” – Gara-Gara Berebut PS5 Terakhir, 2 Wanita Bertumbuk Di Walmart

Bergaduh Rebut Ps5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu rakaman video tular di internet memaparkan dua orang wanita bergaduh sehingga bertumbuk di sebuah Walmart di Carolina Utara, Amerika Syarikat.


Menurut laporan, motif kejadian itu adalah kerana kedua-duanya berebut mahu membeli permainan video PlayStation 5 (PS5) yang terakhir di kedai terbabit.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 13 Disember lalu dan sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi.

Korang boleh tengok sendiri video kat bawah ni

Menerusi rakaman terbabit, kedua-dua wanita itu dapat dilihat bertikam lidah terlebih dahulu sebelum berlaku adegan tumbukan dan salah seorangnya berada di atas lantai.

Difahamkan, orang awam cuba untuk meleraikan pergaduhan tetapi tidak berhasil.

Pihak polis tiba di lokasi tidak lama kemudian dan meminta kedua-dua wanita itu untuk meninggalkan premis.

Lebih malang, apabila tak siapa pun antara mereka yang dapat membeli konsol PS5 berkenaan.

Rugi je. PS5 tak dapat tapi lebam-lebam yang dapat.

Sumber: New York Post

Baca: Lelaki Beli PS5 Online Hingga Sanggup Bayar 2X Ganda, Sekali Yang Sampai Batu Konkrit Besar

Collage 13 E1608452932480

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.