Tular di media sosial apabila seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Nurin Alisa dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital selepas mengalami tekanan emosi yang berpanjangan.
Wanita berkenaan yang sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai susulan isu melibatkan bekas suaminya, Safwan, difahamkan berdepan pelbagai cabaran hidup termasuk konflik rumah tangga, tanggungjawab membesarkan anak serta tekanan akibat kecaman warganet.
Beberapa pengguna media sosial turut meluahkan kebimbangan selepas melihat hantaran Nurin baru-baru ini.
“Dari malam tadi risaukan dia sebab nampak dia nak telan ubat banyak. Rupanya betul dia telan 30 biji ubat sertraline.
“Kasihannya, dia memang dah ada depression, dengan masalah dengan bekas suami lagi. Netizen pula buli dan tuduh dia macam-macam.
“Harapnya Nurin baik-baik sahaja” kata hantaran tersebut.
Difahamkan, Sertraline ialah sejenis ubat antidepresan yang digunakan untuk merawat masalah kesihatan mental.
Ia tergolong dalam kumpulan ubat Selective Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI).

Artikel berkaitan: “Korang ke yang tolong bank-in duit?” – Chazynash Tepis Dakwaan Culas Bagi Nafkah Anak, Tanggung RM8,200 Sebulan
Artikel berkaitan: “Nafkah batin yang penting” – Ditanya Dapat Berapa Nafkah, Ini Jawapan Padu Dari Ina Naim
Kisah Nurin sebelum ini pernah tular apabila tindakannya menerjah majlis pernikahan bekas suami.
Namun, ramai tampil mempertahankan wanita berkenaan dengan menyifatkan isu nafkah dan tanggungjawab sebagai hak, bukannya dendam.
Dalam perkongsian terbaharu, Nurin kelihatan sebak sambil meluahkan rasa tertekan selepas berhadapan dengan konflik yang tidak berpenghujung.
Menurut Nurin, segala tindakan yang diambil selama ini adalah semata-mata untuk menuntut hak dirinya dan anak-anak melalui saluran undang-undang yang sepatutnya, bukannya untuk mencetuskan kontroversi atau meraih perhatian.
Sementara itu, satu kemas kini yang dikongsikan oleh kakak Nurin di aplikasi Threads memaklumkan Nurin kini berada dalam zon pemantauan dengan respons yang masih minimum.
“Nurin masih dipantau rapi dan akan berjumpa pakar dalam masa terdekat untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Orang ramai turut diseru agar menghentikan spekulasi, tidak menyebarkan kecaman serta memberi ruang dan doa agar Nurin terus diberikan kekuatan dan kesembuhan.
