in

“Nurin Jazlin pun kena rogol umur 8 tahun…”- Netizen Tak Puas Hati MPP Universiti Awam Bagi ‘Guideline’ Pemakaian Wanita

Cara Pemakaian

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebuah universiti awam dikecam sebab membuat ‘guidelines’ tentang bagaimana wanita harus berpakaian baru-baru ini. Apa yang buat orang ramai hentam MPP ni is because cara-cara pemakaian tu adalah untuk perempuan bagi mengelakkan dari gangguan seksual.

Mpp1
sumber: twitter

Netizen di Twitter rata-rata bengang sebab it’s not the right thing to do apatah lagi benda tu datang dari MPP.  Memang tak dinafikan banyak kes gangguan seksual berlaku zaman sekarang.

Tapi, takkan kes gangguan seksual tu adalah 100% salah cara perempuan berpakaian? So, lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu mereka tu tak bersalah?

Mpp2
sumber: twitter

Seorang lelaki di Twitter update pendapat dia tentang perkara tu dan katanya it’s better for them (MPP) untuk buat post tentang ‘how to educate men to respect women’ tak kira macam mana cara mereka berpakaian.

Dekat Malaysia dan di seluruh dunia ni bukan hanya ada umat Islam je. Takkanlah mereka yang non muslim pun kena jaga pemakaian semata-mata untuk tidak menjadi mangsa gangguan seksual lelaki? Takkan mereka pun kena pakai tudung?

 

Nurin Jazlin dirogol pada umur 8 tahun

Menurut seorang netizen, perempuan tidak seharusnya dipersalahkan kerana cara berpakaian sebab dah terbukti bukan sebab itu mereka terima gangguan seksual. Sebagai contoh, arwah adik Nurin Jazlin dulu dirogol dan dibunuh pada usia 8 tahun. Contoh kes lain, Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol, diliwat dan dibunuh pemandu bas tu pun pakai tudung.

Nurin Jazlin
sumber: lobak merah

Jadi, sepatutnya tak timbul isu cara perempuan berpakaian untuk elak daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

 

Malu dengan non muslim

Melalui tweet lelaki tu, dia ada screenshot komen daripada golongan bukan Islam dan akui malu dengan non muslim sebab mereka pun faham yang gangguan seksual ni bukan disebabkan cara pemakaian.

Non Muslim Komen
sumber: twitter

 

Perogol tak kisah siapa pun mangsa mereka

Rapist ni, dia tak kira orang gila ka, bayi ka, ikan pari ka, kambing ka, lembu ka, orang tua ka, pakai jubah ka, depan kaabah yang suci pon kena raba, kalau dia nak rogol dia rogol.”

Ramai netizen bengang dah bash balik MPP universiti awam tu sebab buat ‘guidelines’ macam tu. Memang menutup aurat itu wajib tapi janganlah kaitkan dengan gangguan seksual sebab ia seolah-olah hanya menyalahkan sebelah pihak.

Ibaratnya wanita dirogol itu salah sebab tak jaga pemakaian membuatkan lelaki bernafsu, tapi perogol tu tak salah sebab tak dapat kawal nafsu mereka. Dah 2019 ni, kita patut stop victim blaming.

Komen Netizen 2
sumber: twitter

Baca: “Meniti tepi longkang!” – Universiti Terkenal Dikecam Tak Rai Ibu Bapa, Suruh Masuk Pintu Belakang Masa Konvo

Rai