in

“Nombor 2? ” – Pindah Milik Harta Sepencarian Kepada Aisyah, TikTok Alif Teega ‘Meriah’?

Aisyah Hijanah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu poligami influencer terkenal Alif Teega dan Aisyah Hijanah masih hangat diperkatakan oleh netizen, semalam Aisyah menerusi media sosialnya memberitahu semua harta sepencariannya dengan suami diberikan kepadanya atas persetujuan bersama.

Kesemua harta sepencarian mereka termasuklah butik Hijanah, rumah, kereta dan lain-lain, seratus peratus diberikan kepada Aisyah.


Artikel berkaitan: Bukan Tamak Atau Gila Harta, 100% Harta Sepencarian Dengan Suami Dipindah Jadi Milik Aisyah Hijanah

Artikel berkaitan: Aisyah Hijanah Tampil Bagi Respon Isu Dakwaan Dicederakan Oleh Alif Teega

Dalam TikTok Alif Teega, dia memberitahu dia akan sentiasa membantu Aisyah dalam menguruskan perniagaan itu di samping menjadi guide untuk isterinya.

@alifteega

Bismillah, Tujuan posting ini adalah untuk sampaikan khabar berita dan moga menjadi manfaat kebaikan buat kalian semua. Alhamdulillah, haza min fadhli Rabbi. hari ni Alif buat keputusan untuk memindahkan Segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan Alif dan Aisyah, Alif pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100% buat Aisyah. Syarikat @hijanahofficial rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah. InsyaAllah, Alif akan sedaya upaya bantu dibelakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan @hijanahofficial guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah kedepan lagi. Dan Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya. Apa yg berlaku telah mengajar Alif banyak perkara. Subhanallah, Aisyah menjalankan tanggungjawab dia sbg isteri dgn baik hingga sekarang. dan juga membantu Alif menjadi seorg suami yg lebih baik. Doakan lah Alif Doakan❤️

♬ Originalton – Sirino Er

 

“InsyaAllah, Alif akan sedaya upaya bantu di belakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan @hijanahofficial guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah kedepan lagi dan Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya.

Apa yang berlaku telah mengajar Alif banyak perkara. Subhanallah, Aisyah menjalankan tanggungjawab dia sebagai isteri dengan baik hingga sekarang dan juga membantu Alif menjadi seorang suami yang lebih baik. Doakan lah Alif,” tulisnya.

“Nak tanya satu je, panik gak?” 

Perkongsian Alif Teega itu sudah pastinya menarik perhatian netizen, ramai antara mereka yang meninggalkan komen berbaur perli di dalam posting tersebut.

Malah, ada juga yang bertanyakan ‘khabar’ isteri kedua Alif iaitu Fatin Umaidah berkenaan isu ini.

1 7

Alamak, netizen ni saje ye jadi batu api…

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.