in

“No, means no!” – Ibu Kongsi Cara Bentuk Sikap Anak Sejak Usia Kecil

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa pastinya akan stress bila anak mula mengamuk kerana inginkan sesuatu, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menunjuk perasaan itu semasa berada di khalayak ramai. Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan menurutkan permintaan dan kerenah anak kerana malas untuk mendengar tangisan dan memanjangkan kisah.


Namun, tahukah anda, situasi itu sebenarnya merupakan saat yang terbaik untuk membentuk sikap anak kecil? Baru-baru ini, seorang ibu yang juga bekerja sebagai Occupational Therapist, Maryam Jamadi telah berkongsi tips untuk membentuk anak menjadi manusia cekal dan tidak putus asa dalam kehidupan.

Baby1 1
sumber: facebook

Melalui Mingguan Wanita, dia mengatakan bahawa anak di bawah dua tahun akan menangis jika menginginkan sesuatu benda kerana itu merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi dengan orang dewasa.

Sekiranya perkara itu terjadi, ibu bapa harus cekal dan membiarkan anak mereka menangis selagi tidak memudaratkan. Cara ini juga perlulah dilakukan dari awal seperti mengikut kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dd
gambar hiasan

Ibu bapa perlu teguhkan hati dan tidak termakan dengan pujuk rayu serta tangisan anak. Ini adalah kerana anak kecil perlu tahu bahawa “No, means no” yang perlu dilatih seawal bayi untuk membentuk kepercayaan.

Selain itu, Maryam turut mengingatkan supaya anak-anak perlu diajar perasaan kecewa kerana tidak mendapat apa yang mereka mahukan walaupun ianya perkara yang nampak remeh seperti tidak dapat apa yang ingin dipakai, atau makan.

Perasaan kecewa ini penting supaya dapat mempersiapkan mereka dalam menghadapi dunia luar yang penuh cabaran dan mendidik anak-anak supaya berusaha jika mereka menginginkan sesuatu.

Anak lelaki atau perempuan perlu dididik dengan cara yang sama kerana istilah “lelaki tidak boleh menangis” tidak boleh digunapakai memandangkan ianya merupakan proses semulajadi yang dikurniakan pada semua tanpa mengira jantina.

Dd3
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, Maryam juga memberitahu bahawa ibu bapa perlu menghadapi situasi kecewa anak dengan tenang dan memberi ruang untuk mereka meluahkan perasaan marah terlebih dahulu.

Kemudian, barulah ibu bapa mengambil langkah menerangkan situasi yang telah berlaku melalui social story atau mengalih perhatian anak kepada benda lain serta memberi masa kepada mereka untuk memujuk diri sendiri.

Dd2
gambar hiasan

Maryam juga mengingatkan ibu bapa supaya membuka ruang kepada anak-anak kecil untuk berdikari melalui cara mudah seperti menyuap makanan dan memakai baju sendiri. Tambahnya lagi, semakin ibu bapa overprotective terhadap anak, semakin mereka membesar sebagai adult baby.

Dengan pelbagai masalah sosial dalam kalangan budak muda sekarang, ibu bapa haruslah mula tukar cara mendidik dalam membentuk peribadi anak.  Bukan apa, zaman makin berubah, cabaran makin meningkat, dengan itu anak-anak haruslah bersedia daripada segi mental untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.

Baguslah tips yang dikongsi! Memang bermanfaat!

Baca: Lelaki Kritik Sikap Anak Muda Zaman Sekarang Jadi Tanggungan Ibu Bapa Sampai Mati

Mm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.