Pelantun ‘Januari’, Glenn Fredly selamat menikahi kekasihnya yang juga penyanyi dangdut, Mutia Ayu pada 19 Ogos lalu.
Walaupun desas desus mengatakan mereka sudah bernikah namun kedua-dua mempelai itu tidak memberi sebarang kenyataan terhadap khabar angin itu sebelum ini.
Lebih mengejutkan, menerusi laman Instagram, Mutia akhirnya mengiakan desas desus perkahwinan mereka dengan memuatnaik gambar nikah mereka.

Dengan kapsyen ringkas “Forever Love @glennfredly309, Mutia juga meletakkan emoji berbentuk hati dan bunga, memetik kompas.com.
Mengenakan rona berwarna putih lembut, Mutia dilihat tersenyum manakala Glenn juga sedondon mengenakan persalinan putih.
Baca: “Orang Indonesia sedang menunggu berita baiknya” – Netizen Mahu SM Faisal Cepat Nikahi Luna Maya