in

“Nikah awal sebab PKPB” – Noryn Aziz Gembira Kembali Bergelar Isteri

Dd 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi terkenal Noryn Aziz,42 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati Shaik Rizal Sulaiman, 48, dalam satu majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur malam tadi.


Majlis pernikahan serba ringkas itu berlangsung dalam suasana norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Dihadiri hanya 30 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan mempelai.

D1 3 2

 

Kahwin awal sebab PKPB

Menerusi temu bual bersama BH Online, Noryn menyifatkan majlis yang diadakan ini sebagai majlis mengejut kerana sebelum ini merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober.

Namun apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan hari ini, majlis berkenaan terpaksa dipercepatkan lebih awal.

“Pada awalnya saya dan suami ingin melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Oktober ini. Bagaimanapun, majlis akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal disebabkan PKPB bermula hari ini.

“Saya bersyukur hajat dan keinginan tercapai serta dipermudahkan Allah SWT. Kami bersyukur segala-galanya diatur dengan mudah. Saya percaya, semua ini kebesaran Allah SWT,”

D2 2 4

 

Berharap agar perkahwinan kekal hingga akhir hayat

Umum mengetahui sebelum ini Noryn pernah mendirikan rumah tangga namun hubungan tersebut tidak mampu bertahan. Oleh itu, Noryn menyimpan hasrat agar perkahwinan kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Saya mendambakan mahligai yang baru dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat, sekali gus menghadiahkan kebahagiaan hakiki buat kami berdua.

“Pada usia sebegini, tiada apa lagi yang diharapkan selain majlis pernikahan dirahmati Allah SWT dan rumah tangga yang berkekalan. Adalah penting buat saya supaya jalinan persahabatan ikatan cinta ini dihalalkan kerana ia bukanlah satu permainan.

 

Baca: [TERKINI] PKPB Mukim Klang: “Majlis Kahwin Yang Telah Dirancang Boleh Diteruskan” – DS Ismail Sabri

Collage 13

Sumber: Mstar
Sumber: Hlive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.