in

“Niat nk bantu dia tapi saya pula yang kena”- Pelakon, Lisdawati Rugi Ribuan Ringgit Jadi Mangsa Sindiket ‘Tender Palsu’

Featurede

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka niat nak membantu mereka yang memerlukan bertukar sebaliknya apabila ‘niat’ tersebut dijadikan sebagai laluan mudah orang lain untuk menipu kita.

Itulah yang terjadi kepada seorang pelakon, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin 40 tahun.


 

Rugi ribuan ringgit  untuk ‘tender palsu’!

Dia yang mesra disapa sebagai Lisda memberitahu dia kerugian ribuan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang dikenalinya dua tahun yang lalu.

Memetik mStar, Lisda setuju untuk memberi pinjaman kepada wanita tersebut bagi tujuan digunakan sebagai modal bagi sebuah projek kerajaan.

Saya bagi dia pinjam duit itu daripada belum mengandung sampai anak dah besar, tapi bila saya call semua tak dapat, dia diam begitu sahaja”

1 12
Sumber : instagram

Lisda memaklumkan, wanita itu juga ada menunjukkan kepadanya beberapa dokumen, menyebabkan Lisda percaya dengan wanita tersebut namun lepas suami Lisda, Fauzi Nawawi bertanya kepada kawan-kawannya baru dia tau yang ia palsu.

Malah dia dimaklumkan sudah ramai menjadi mangsa sindiket tersebut, yang menggunakan tender palsu.

Niat saya nak bantu dia sebab dia beritahu suaminya sudah tidak bekerja dan dia pula ada anak. Atas dasar kasihan, saya bantu dia. Akhirnya saya pula yang kena begini”

Mengulas mengenai postingnya di instagram berhubung wanita tersebut, Lisda berkata dia tiada niat untuk memalukan wanita itu sebaliknya dia tiada cara lain untuk mengesan wanita berkenaan selepas dia gagal menghubunginya.

Malah pada masa sama, Lisda turut meminta wanita itu untuk tampil supaya masalah tersebut boleh diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.

Kalau dia rasa dia nak muncul dan selesaikan perkara ini secara baik, saya terima cuma janganlah buat diam sahaja.Bukan niat saya nak bergaduh atau serang dia, cuma dengan harapan kalau ada rezeki saya dan anak-anak”

Haishh kalau ya pun nak cari duit, bukan dengan menipu orang lain. Banyak lagi cara lain, niaga burger ke, bawa grab ke, jadi instafamous ke kan banyak tu.

Baca : Kami ckp u tipu org berapa ramai, dia hanya ketawa.- Wanita Dipukau Bhai Di Pasar Raya Terkenal Di Johor

Aeon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.