Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan seorang wanita dari Indonesia memberikan info berkenaan makanan palsu yang ditemuinya.
Menurut wanita tersebut, wanita zaman sekarang perlu berhati-hati ketika membeli bihun kerana dia baru sahaja membeli bihun palsu yang diperbuat daripada bahan plastik.
“Ibu-ibu tolong hati-hati jaman sekarang ini bihun palsu, ini dari plastik ya ampuun, engga bisa di makan ini buuu,” kata wanita itu.
@clairebudikusumo Bihun palsu sudah menyebar luas tolong sebarkan biar banyak ygbtahuuu!
Dia turut menyeru agar mereka yang menonton video tersebut menyebarkan pendedahannya kepada orang ramai agar tiada lagi yang tertipu dengan bihun palsu.
“Tolong disebarkan ke grup WA, semua orang harus tau ini kalo bihun ini terbuat dari plastik”, sambungnya dalam video itu.
Bagaimanapun, rata-rata warganet beranggapan wanita tersebut tidak pernah membeli barang dapur dan tidak pernah memasak. Jelas warganet, bihun tersebut perlu direndam terlebih dahulu untuk melihat adakah benar ia plastik atau tulen.
“Astaagaa ibu baru pertama kali beli bihun kah????”, komen seorang warganet terhadap pendedahan bihun palsu wanita tersebut.
Harap wanita tersebut bergurau je dalam video tu, rasanya semua orang tahu bihun perlu direndam kan?
Sumber: Indozone
BACA: Penjual ‘Nasi Kuning’ Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan