in

“Ni utk dapatkan rating je ni, takde la WOW mana” – Kumpulan NAMA Terpilih Ke Grand Final Asia Got Talent Tapi Ramai ‘Tak Setuju’

Featured 19

Bukan senang untuk beraksi di Asia Got Talent, ramai bakat-bakat yang hebat dari seluruh benua Asia berkongsi pentas yang sama dan mempertaruhkan kehebatan masing-masing.

Namun itu tidak mematahkan semangat 4 orang gadis dari Malaysia iaitu Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida untuk membawa nama Malaysia ke program yang mempunyai jutaan peminat itu.

Qwwe
Sumber : youtube

3 21

 

NAMA layak ke Grand Final Asia Got Talent 2019

Malah lebih membanggakan lagi mereka yang bertanding atas Kumpulan NAMA itu layak ke Grand Final Asia Got Talent 2019 atas tiket pilihan juri..wow! bukan senang tu.

Menurut era, peserta lain yang turut layak ke Grand Final adalah Power Duo (Filipina), Sudhir.R (India), TK Jiang (Singapura), HK Sisters (Filipina), Yang Shih Hao (Taiwan), Frans Sisir (Indonesia), dan Hanoi Xgirls (Vietnam).

Korang tengok sendiri persembahan diorang masa Semi-Final 3, yang melayakkan dorang untuk beraksi di pentas Grand Final.

Sebelum ini kumpulan NAMA telah mendapat perhatian apabila menjadi antara wakil Malaysia yang menjejakkan kaki ke pentas Asia Got Talent.

Malah mereka semakin dikenali selepas berjaya menarik hati ramai penonton dan juri seperti David, Anggun dan Jay Park dengan vokal dan kesepaduan suara mereka.

1 33
Sumber : youtube

5 6

Namun meski ada yang memuji, ada juga yang mempersoalkan kelayakan kumpulan NAMA ke Grand Final, malah siap cakap 4 orang gadis ni bisher bisher je tak ada wow factor langsung.

**Depa ingat senang ke nak masuk Grand Final Asia Got Talent, nak buat persembahan depan orang ramai pun dah ketaq lutut weh.

 

Tolong pergi belajar vocal drp Erni Zakrie, korg punya vocal tu xde ‘wow factor’ pun, bisher bisher je

11 11

Jujur cakap biasa saje, jangan kecam

22 6
Sumber : facebook

Ni untuk dapatkan rating je ni, samalah macam kes Siti Saniyah

33 4

 

Apa pun orang nak kata, kita sebagai rakyat Malaysia doakan kejayaan Kumpulan NAMA dan Human Calculator. Korang dah buat yang terbaik dah pun bila layak masuk final Asia Got Talent 2019!

Baca : Selepas Kumpulan Nama, Kini Manusia Kalkulator Dari Malaysia Buat Juri Asia Got Talent Ternganga!

Kakak