Pelaksanaan Open Distance Learning (ODL) disebabkan pandemik Covid-19 telah menjadi satu bentuk cabaran baharu yang harus dihadapi para pelajar khasnya di institusi pengajian tinggi. ODL menjadi sukar terutama sekali buat pelajar di kawasan pedalaman.
Antara isu yang timbul ketika ODL adalah capaian internet, kemudahan peranti serta keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) seakan tidak berkesudahan, malah menjadi faktor yang menyumbang tekanan kepada golongan tersebut.
Namun, kepayahan ODL tak jadi penghalang untuk gadis ini @nisa_rinaa pikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Gadis ini sanggup meneruskan pembelajaran di bonet kereta dan baru-baru ini, dia ada berkongsi video tentang pensyarahnya yang sangat prihatin terhadapnya.
@nisa_rinaa Reply to @qill_s9 Nisa nak share my other lecturer pulak 🥺. I’m so blessed that all of my lecturer’s sangat² ambik berat and considerate ❤️. yg last tu ganas sikit, Fon nazak dah #fypp #fyp #foryoupage
Dalam video tersebut, gadis ini nampak sangat terharu dan bersyukur kerana pensyarah yang mengajarnya sangat mengambil berat tentang situasinya. Pensyarah siap menyuruh gadis ini untuk buka kamera supaya dapat lihat sendiri situasi gadis tu.
Selain itu, pensyarah tersebut turut beri peluang untuk gadis ini tidak hadir kelas online dan hanya buat pembacaan sendiri memandangkan suhu panas yang terpaksa ditanggung gadis ini dalam bonet kereta.
Pensyarah tersebut turut meyakinkan lagi gadis ini supaya tidak risau tentang kehadirannya ke kelas, beri semangat supaya gadis ni tak putus asa dan puji gadis ini atas kesungguhannya hadir kelas.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan usaha gadis ini ODL walaupun dalam bonet kereta dan dalam pada masa yang sama memuji pensyarah contoh ini.
“Awak memang cekal sis.. cikgu doakan awak sukses satu hari nanti” – Komen netizen
“Reveal lecturer tu. Jiwa pendidik tu. nanti dah berjaya, jenguk2 la lecturer tu nanti” – Komen netizen
Ada juga netizen yang mendoakan agar gadis dan pensyarah ini dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Kita yang serba cukup ni jangan pulak bermalas-malasan tau! Contohilah gadis ni!
Baca: “Isu Hina Pelajar B40: Pensyarah Direhatkan Dari Mengajar Sehingga Diberitahu”