in

Netizen Pertikai Cadangan Jadikan Highland Towers Sebagai Tapak Bersejarah

Untitled Collage 88

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 11 Disember 1993, berlaku satu kejadian yang mengejutkan seluruh negara apabila satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers runtuh sehingga meragut 48 nyawa.

Atas faktor keselamatan, penghuni blok lain terpaksa berpindah dan selama berpuluh tahun juga lokasi itu menjadi kawasan terbiar sehingga dinaiki semak samun.


Sebelum ini, desas-desus mengenai projek untuk ‘membersihkan’ kawasan itu telah banyak kali diperkatakan.

Ini kerana selain menjadi kawasan terbiar, ia turut menjadi sarang penagih dadah sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penghuni sekitar yang masih menetap di kawasan tersebut.

Genap 27 tahun tragedi itu, nama Highland Towers kembali menjadi sebutan warga maya apabila wujud pula cadangan untuk mengindahkannya selain menjadikannya sebagai sebuah tapak bersejarah.

Namun ia mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial, yang rata-ratanya mempertikaikan kewajaran cadangan tersebut untuk dilaksanakan.

4 3

5 2

3 5

1 4

Terdahulu Bernama melaporkan, kementerian berkaitan berhasrat membangunkan tugu peringatan di tapak kondominium Highland Towers.

Pelan pembangunan itu masih diperincikan dan kementerian bertanggungjawab sedang menunggu kelulusan peruntukan sebanyak RM8.9 juta untuk pembayaran bagi proses pengambilalihan tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dijangka selesai hujung tahun ini.

Namun menterinya kemudian tampil menjelaskan, kementeriannya hanya merancang mengindahkan semula tapak kondominium Highland Towers dan menjadikannya sebagai tapak bersejarah — bukan membina tugu peringatan seperti dilaporkan media.

 

Baca: Tragedi: 5 Kes Runtuhan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Capture 15

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.