in

Netizen Loya Tengok Perubahan Warna Pada Gigi Rizky Billar Sejak Pakai Braces

ft rizky billar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak memakai pendakap gigi, pelakon Rizky Billar mengatakan yang dia mengalami kesukaran untuk membersihkan giginya dengan elok.

Disebabkan itu, giginya mula menjadi kuning sampaikan ada yang mula rasa loya apabila dia sendiri menayang perubahan warna giginya itu.


Artikel berkaitan : Ramai Bengang Lesti Kejora Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Rizky Billar Lepas Balik Umrah

Artikel berkaitan : Bapa Rizky Febian Sahkan Mahalini Akan Peluk Islam, Bakal Bernikah Di Jakarta

Tak boleh bersihkan gigi, jadi kuning sebab suka minum kopi

Menerusi satu hantaran video di TikTok, selebriti dari Indonesia ini telah menayangkan ‘gigi karat’nya itu dan menyatakan yang dia kempunan sate kambing namun keinginan merasa makanan itu tidak dapat ditunaikan kerana batasan pendakap gigi tersebut.

Di samping itu, pelakon ini turut menyatakan yang giginya itu menjadi semakin kuning disebabkan tabiatnya yang gemar meminum kopi.

@mrizkybillar

Itu gigi nyelip gabisa dibersihin jadi kuning karna gw suka ngopi 😣

♬ Rindu 1/2 Mati – D’MASIV

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyatakan rasa yang kurang senang apabila menyaksikan keadaan gigi tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa keadaan giginya boleh menjadi semakin teruk jika tidak mendapatkan rawatan segera. Malah ada juga yang memintanya untuk membersihkan gigi itu di klinik dengan secepatnya.

Screenshot 2025 11 21 103258 Screenshot 2025 11 21 104901 Screenshot 2025 11 21 105042 Screenshot 2025 11 21 105151

Sumber : TikTok, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.