in

Netizen Bingung Pelajar Tahun Dua Disuruh Jawab Soalan Dengan Lukis Muka Anak Pasangan

Pagebuku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak jadi pelajar zaman sekarang. Muda-muda lagi sudah kena fikir macam mana hendak jawab soalan yang mengelirukan. Terdapat pelbagai soalan yang menguji minda diberikan kepada kanak-kanak, tetapi satu soalan yang ditunjukkan dalam dalam buku teks dalam negara ini membuatkan orang dewasa turut bingung!


Menurut WORLD OF BUZZ, satu soalan yang ditunjukkan dalam buku teks mata pelajaran Sains Tahun Dua 2018 ini ternyata membuat orang dewasa garu kepala memikirkan jawapannya.

Buku1
sumber: china press

Terjemahan kepada soalan yang terkandung dalam buku teks pelajar Tahun Dua tersebut adalah seperti berikut;

“Perhatikan sifat-sifat fizikal ibu dan bapa di dalam gambar, kemudian lukiskan wajah anak mereka berdasarkan imaginasi anda.”

Soalan ini menarik perhatian netizen yang rata-rata memberikan komen bahawa mereka bingung bagaimana untuk menjawabnya. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang memberikan komen lebih serius dengan mengatakan bahawa soalan tersebut boleh menimbulkan isu perkauman, lapor China Press.

Netizen tersebut mempersoalkan warna apa yang perlu dipilih oleh pelajar jika si bapa di dalam gambar adalah orang India dan si ibu adalah orang Cina. Ermmmmm…

Buku2
sumber: china press

Ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana guru mahu menentukan jika lukisan yang dijawab oleh pelajar adalah salah atau betul kerana tiada jawapan yang pasti untuk soalan ni. Oleh sebab itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Besar Malaysia, Wong Shee Fatt tampil memberikan penjelasan kepada individu-individu yang keliru.

Mengesahkan bahawa soalan tersebut memang wujud dalam buku teks Sains Tahun Dua, Wong memberitahu bahawa tujuan sebenar soalan sebegitu diberikan kepada murid adalah untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Jadi, pelajar boleh melukis apa sahaja yang diimaginasikan mereka dan semua jawapan diterima. Ohhhh, macam tu rupanya…

Buku3
gambar hiasan

Wong juga menerangkan bahawa pelajar tidak perlu melukis wajah anak pasangan dalam gambar sama seperti wajah ibu dan bapanya kerana anak tersebut mungkin menyerupai wajah datuk atau nenek. Betul jugak tu kan. Tak semua memiliki rupa paras iras ibu bapa…

Baguslah kalau boleh lukis ikut imaginasi. Kesian nanti kanak-kanak tu tak tahu nak lukis apa…

Baca: Jangan Beban Murid Dengan Terlalu Banyak Buku Kerja dan Latihan – Mahdzir Khalid

Vdvdv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.