in

Jangan Beban Murid Dengan Terlalu Banyak Buku Kerja dan Latihan – Mahdzir Khalid

Beg Sekolah Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah sistem pendidikan zaman ini semakin membebankan murid-murid di sekolah? Sesetengah orang mungkin akan menjawab tidak namun ada juga yang bersetuju bahawa buku yang berlebihan membebankan, termasuklah Menteri Pendidikan Malaysia.


Menurut Datuk Seri Mahdzir Khalid, buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah memadai, lapor mStar.

Mahadzir
sumber: mstar

Beliau berkata, selain buku teks, murid kini dibebani dengan penggunaan lain seperti buku kerja dan buku latihan yang terpaksa dibeli dari luar.

Ada murid yang bawa 10 kilogram buku ke sekolah. Kita jangan bagi terlampau banyak beban kepada murid. Buku teks sudah ada, namun ia ditambah dengan buku kerja, buku latihan sehingga terlampau banyak.”

Article 2469314 18De5F3C00000578
gambar hiasan

Mahdzir turut berkata, dalam usia antara 7 hingga 12 tahun, murid perlu diberi peluang untuk merasai keseronokan alam persekolahan dan tidak terlalu diberi penekanan akademik semata-mata.

Tapi masalahnya sekarang ini, kita terlampau tekan nak bagi semua ilmu kepada murid-murid. Padat, boleh meletup (tekanan kepada murid-murid),” katanya.

Beliau ditemubual ketika merasmikan majlis graduasi 390 pelajar SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Mahdzir diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon bahawa terdapat sekolah yang mengingkari pekeliling mengenai penggunaan buku kerja di sekolah rendah yang sekali gus menyebabkan bebanan kepada murid.

Buku 1
gambar hiasan
Buku 2
gambar hiasan

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dilaporkan telah diminta untuk menentukan berat beban buku yang dibawa murid di mana terdapat murid didapati membawa beban buku yang berat.

Sebagai murid, kokurikulum dan kurikulum haruslah seimbang kan? Apa pendapat korang?

Baca: “Anak saya bukan bahan ujikaji Kementerian Pelajaran…”

Bapa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.