in

Netflix Dikecam Lepas Keluarkan Trailer ‘Cuties’, Filem Yang Menonjolkan Unsur Seksual Kanak-kanak

Collage 32

Baru-baru ini, Netflix ada mengeluarkan satu trailer filem Perancis yang bakal ditayangkan di platformnya pada 9 September ini bertajuk ‘Cuties’.

Namun ia telah mendapat kecaman hebat dari netizen seluruh dunia kerana ia menunjukkan empat kanak-kanak di dalam kumpulan tarian memakai pakaian menjolok mata dan menari dengan cara provokatif.

Netizen bukan je marah Netflix mempromosikan filem ini, malah poster yang digunakan juga turut mendapat kritikan hebat.

Menurut Metro, pengarah, Maïmouna Doucouré yang berasal dari Senegal ini pernah memenangi Anugerah Pengarahan Drama Sinema Dunia di Festival Filem Sundance.

Bukan saja cara pengarah ini menonjolkan karakter kanak-kanak bersifat seksual ini mendapat kritikan, malah pengarah ini turut menjadikan watak utama filem ini sebagai seorang kanak-kanak Muslim yang rasa terkongkong dengan cara dan gaya hidupnya. Ini membuatkan netizen rasa filem ini ada unsur Islamofobia.

Screenshot 2020 08 21 At 3.36.06 Pm

Kalau korang nak tahu, filem ini mengisahkan tentang Amy, kanak-kanak berusia 11 tahun yang tinggal dengan keluarganya yang beragama Islam dan konservatif. Amy rasa berbelah bahagi untuk terus mengikut ajaran yang dah diajar oleh keluarganya atau membebaskan diri.

Lepas dia join kumpulan tarian yang dinamakan ‘Cuties’, Amy akhirnya berjaya untuk bebaskan dirinya dari ‘kepompong’ keluarga dan serlahkan kewanitaannya.

Netflix telah pun meminta maaf selepas menerima kecaman dari netizen KERANA poster yang dorang tayang di Netflix lebih provokatif dari poster asal yang menunjukkan kanak-kanak ini berlari sampai memakai pakaian dalam di luar baju mereka. Korang boleh tengok perbezaan dekat bawah ni.

2P3M0H1Ls5I51 Side

Tak cukup dengan itu, sinopsis yang diletakkan oleh Netflix untuk filem ini juga memang seperti sengaja nak undang kontroversi.

Amy, 11, berminat dengan kumpulan tarian ‘twerk’. Mengharap untuk join kumpulan tersebut, dia mula teroka kewanitaannya dan menentang tradisi keluarganya.”

Selepas mendapat kritikan yang hebat, Netflix kemudiannya menukar deskripsi filem ini.

Amy, 11, mula memberontak terhadap tradisinya yang konservatif bila dia berminat untuk menyertai kru tarian ‘berjiwa bebas’.

Jelasnya, filem ini memang banyak menonjolkan elemen-elemen yang salah dari betul. Mana taknya, Netflix sebagai sebuah platform streaming terbesar sanggup untuk tayang dan promosi filem yang terang-terang ada unsur seksual terhadap kanak-kanak serta menunjukkan seperti kanak-kanak Muslim seperti ditindas.

 

Baca: Siri Kontroversi Netflix, Messiah Ditamatkan Selepas Satu Musim

Screenshot 2020 08 21 At 3.47.40 Pm