in

“Negara lain kutip sampah, tapi Malaysia” – Netizen Bengang Tengok Penonton Bola Lempar Cawan Dalam Stadium

Ft Penonton Baling Gelas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu lepas telah berlangsung Perlawanan Piala AFF yang menyaksikan pertarungan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Biasanya setiap kali berlakunya perlawanan bola sepak, pasti akan terjadi sesuatu perkara yang kurang menyenangkan, misalnya bergaduh, vandalisme dan tabiat membuang sampah merata-rata.

Jadi, apa yang terjadi dekat Stadium Bukit Jalil baru-baru ini agak aneh kerana penonton melontarkan gelas minuman plastik secara rambang dan ia mengundang rasa kurang senang rakyat Malaysia.

 

“Negara lain kutip sampah, tapi Malaysia…”

Dalam masa 7 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada 2,800 jumlah retweets dan rata-rata netizen bengang melihat sikap mereka yang dianggap tidak bertamadun ini.

Malah ada yang mempertikaikan sikap orang kita dengan mengungkit satu kisah yang terjadi saat FIFA sebelum ini di mana warga Jepun yang menyaksikan perlawanan tersebut, bantu kutip sampah bersihkan kawasan penonton stadium lepas habis perlawanan.

Screenshot 2023 01 09 190740 Screenshot 2023 01 09 190804 Screenshot 2023 01 09 190828 Screenshot 2023 01 09 190852 Screenshot 2023 01 09 190908 Screenshot 2023 01 09 190918

Tapi kesian dengan cleaner-cleaner kat sana yang kena bersihkan.

Baca : Bergaduh, Baling Botol & Ada Yang Pengsan, Ini ‘Footage’  Kekecohan Stadium Tadi

Famgaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.