in

“Tarik sis semongko!” – [Video] Tular Aksi Anggota APM Tarik Ular Sawa Batik Gergasi ‘Lepak’ Tepi Tingkap Rumah

Ft Ular Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang anggota petugas keselamatan negara seperti polis, bomba, tentera dan sebagainya bukanlah sesuatu yang mudah.


Setiap hari ada sahaja laporan yang diterima berkaitan dengan kes-kes yang mencabar dan membahayakan nyawa yang memerlukan khidmat mereka.

 

Gigih tarik ular sawa batik gergasi

Tarik Ekor Awal

Baru-baru ini. tular di media sosial rakaman video aksi beberapa orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dilihat sedang bertungkus-lumus untuk menangkap seekor ular sawa batik gergasi yang berada di sebuah rumah orang awam.

Klip video itu telah dirakam oleh pemilik rumah tersebut yang kemudiannya tular pula di media sosial dan dimuat naik oleh seorang pengguna @JalalMisai_2 di akaun Twitternya sehingga berjaya meraih perhatian netizen.

 

“Tarik sis semongko!” 

Tarik Ekor 3 Panjang

Apa yang melucukan, menerusi klip video yang berdurasi 40 saat itu, ular sawa berkenaan dilihat sedang ditarik oleh dua orang anggota APM melalui tingkap bilik sambil mereka melaungkan ungkapan ‘tarik sis semongko! sebagai kata-kata semangat.

Wah, anggota APM pun up to date tau dengan ayat viral ni. 

Anggota yang gigih bergelut untuk menarik reptilia berkenaan akhirnya berjaya juga menarik turun ular sawa batik gergasi itu yang dipercayai sudah lama ‘melepak’ di bahagian atas tingkap bilik berkenaan.

Tarik Ekor 4

 

Awalnya berani, lepastu cabut lari

Apa yang menggelikan hati, pemilik rumah yang pada awalnya kelihatan berani untuk melihat sambil ‘sakan’ merakam adegan ‘tarik-menarik’ itu kemudiannya lintang-pukang berlari keluar sambil menjerit ketakutan sejurus sahaja ular sawa itu berjaya dikeluarkan.

 

‘Melepak’ atas gerigi tingkap

Feat Ular Tingkap

Difahamkan, ular sawa berkenaan telah bersembunyi di atas gerigi tingkap sebelum disedari kewujudannya oleh pemilik kediaman di Balakong, Selangor.

Mungkin dah musim tengkujuh, ular sawa tu cari tempat berteduh. 

Baca: [Video] BESAR GILA! Selamba Adik Ni Main ‘Game’ Sambil Ditemani Ular Sawa Baca Ular

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.