Memiliki anak merupakan perkara yang dimpi-impikan oleh kebanyakan pasangan berkahwin. Namun, tugas menjaga dan mendidik mereka bukanlah perkara yang mudah. Admin pun kadang stres juga jaga anak buah min ini kan pula mak ayah dorang.
TAPI! Tu bukan alasan kita sebagai penjaga yang dah dewasa ni untuk menyakiti anak-anak kecil ni mahupun alasannya untuk mendidik. Mendidik ada cara yang sesuai mengikut peringkat umur.
Ni anak lapar kau paksa anak kau makan nasi lemak basi sambil berdiri kat bucu bilik? Kau pijak kepala anak kau yang zakat dia pun aku yang bayar. TU ANAK KAU TAU.”
Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial facebook Azza Eirma, telah membuat posting besertakan video yang menunjukkan anak lelakinya didera oleh bekas suami semasa dalam jagaan lelaki tersebut.
Malah boleh didengar ada suara lelaki di dalam video tersebut berkata :
“Aku tak kira kau sakit perut ke apa. Kau ingat mak kau banyak bagi duit kat aku? Takda!”
Dalam video itu, lelaki berkenaan dikatakan telah menyuruh anaknya supaya memakan nasi lemak yang sudah basi sambil berdiri di bucu bilik hanya kerana kanak-kanak itu tak mahu makan nasi lemak tersebut. BUKAN TU JE! Si ayah ni siap memaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap budak itu.
NASI BASI, SEPAK TERAJANG, MENDADAH DEPAN ANAK?? Dah tu kau siap ambil video hantar kat aku. MOTIF?”
Dakwa Azza Eirma, bekas suaminya juga telah memecah masuk rumah dia lalu membuat kerosakan di dalam rumahnya.
Laporan polis telah dibuat dan wanita itu sudah pun mengambil semula anaknya selain berterima kasih kepada warganet yang prihatin dengan perkara yang menimpa wanita itu.
Wanita berkenaan dikatakan memberi anaknya untuk dijaga bekas suami kerana bekas suaminya ingin berjumpa anak dan dia tidak kisah kerana beranggapan lelaki itu rindukan anak mereka. Namun, lelaki itu tidak menjaganya dengan baik.
Warganet memberi banyak reaksi terhadap kes ini.
P/s : Penulis telah mendapat kebenaran pemilik posting untuk berkongsi kisah di Lobak Merah.
Anak merupakan anugerah Tuhan yang bukan semua orang boleh merasa. Jadi, didik dan jaga lah anak-anak sebaiknya.
Baca : Bapa Berkeras Nak Redah Banjir Guna Kereta Sebelum Anak-anak & Isteri Lemas Ditelan Arus Deras