Pengarah filem dan penyanyi, Namewee atau nama penuhnya, Wee Meng Chee, 42, dilaporkan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan pada bulan lalu.
Perkara ini dimaklumkan oleh Namewee sendiri menerusi satu posting di Instagram yang memaklumkan dia baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.
Menurutnya, dia hadir ke IPD Dang Wangi bagi membuat laporan polis dan memberi keterangan berhubung kes tersebut.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Polis Klasifikasi Kematian Pempengaruh Taiwan Dalam Bilik Bersama Namewee Sebagai Kes Bunuh
Artikel berkaitan: Namewee Ditahan Polis Positif 4 Jenis D*dah, Nama Terkait Dengan Kematian Pempengaruh Taiwan
Sekarang saya sudah sampai di ibu pejabat polis seterusnya, saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan, supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya.
“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.

Semalam, media melaporkan yang siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Iris Hsieh, 31 akan dijalankan daripada pelbagai sudut termasuklah kemungkinan menahan pengarah dan penyanyi, Namewee.
Ia susulan penyanyi berkenaan merupakan individu terakhir yang berada bersama mangsa ketika kejadian berlaku.
Terdahulu, pihak polis juga memaklumkan yang mereka sedang giat memburu Namewee berhubung kes itu, sebelum penyanyi tersebut memaklumkan dia telah tampil ke balai polis lewat malam semalam untuk membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian, Instagram
