in

Nak Uji Ketahanan Diri? Viper Challenge MAEPS 2026 Kembali Dengan Halangan Lebih Ekstrem

Collage

Korang suka aktiviti lasak dan cabar diri sendiri? Bersiap sedia sebab Viper Challenge kembali lagi untuk tahun ni!

Acara ketahanan yang terkenal di Malaysia ini bakal kembali dengan cabaran fizikal yang pasti menguji kekuatan, ketahanan dan semangat peserta dari pelbagai tahap kecerdasan pada 10 Mei 2026 di MAEPS Serdang.

Image1

Jom tengok apa yang istimewa tentang Viper Challenge MAEPS 2026 ni!

MAEPS bertukar jadi medan cabaran yang penuh dengan halangan ekstrem

606781973 1173830678210769 6546217936248635777 N

Sepanjang acara ini berlangsung, peserta akan melalui pelbagai halangan yang direka khas untuk menguji ketahanan mental dan fizikal. Dari halangan yang memerlukan korang merangkak rendah seperti Barb Wire Crawls sehinggalah cabaran yang memerlukan kekuatan dan keberanian seperti Firefall atau Over Your Ex, setiap laluan direka untuk memastikan korang betul-betul dapat menguji kemampuan diri.

Apa yang membuatkan Viper Challenge ni popular dalam kalangan orang yang gemarkan aktiviti lasak, setiap halangan memerlukan strategi, stamina dan semangat bekerjasama dengan peserta lain bagi memastikan korang berjaya sampai ke garisan penamat.

Kategori yang korang boleh sertai

Seperti biasa, Viper Challenge MAEPS 2026 akan menyediakan beberapa kategori yang boleh dipilih mengikut tahan kecergasan dan pengalaman korang.

Viper 12KM (Elite & Open)

Image2

Kategori ni sangat sesuai untuk peserta yang mahu menguji ketahanan diri dengan laluan yang lebih panjang dan mencabar. Selalunya kategori ini menjadi pilihan orang yang dah biasa dengan perlumbaan halangan atau memang nak cabar kemampuan diri di tahap seterusnya.

Harga penyertaan:

  • Early Bird: RM119 (Open) / RM139 (Elite)
  • Normal: RM139 (Open) / RM159 (Elite)
  • Final: RM159 (Open) / RM189 (Elite)

Viper 7KM (Open)

Image4

Untuk yang baru nak cuba obstacle race atau teringin nak pengalaman menyeronokkan dan luar biasa, kategori 7KM ini merupakan pilihan terbaik. Walaupun ia lebih pendek, laluan ini masih dipenuhi dengan halangan yang memerlukan ketahanan mental dan kekuatan fizikal.

Harga penyertaan:

  • Early Bird: RM109
  • Normal: RM119
  • Final: RM139

Nak bawa anak join sekali pun boleh!

611761055 1179823680944802 484597488987668523 N

Selain kategori dewasa, Viper Challenge MAEPS 2026 turut menyediakan kategori khas untuk kanak-kanak supaya mereka dapat rasa sendiri pengalaman menyertai perlumbaan halangan dengan laluan yang direka khas mengikut umur.

Kategori yang disediakan termasuklah:

Image6 1

  • Viper Kids 3.2KM (Competitive & Open) – umur 10 hingga 13 tahun

Image5 1

  • Viper Kids 1.6KM (Open) – umur 7 hingga 9 tahun

Image3 1

  • Viper Kids 800M (Open) – umur 4 hingga 6 tahun

Harga penyertaan pula adalah seperti berikut:

  • 3.2KM Competitive: RM50 (Early Bird), RM55 (Normal), RM65 (Final)
  • 3.2KM Open & jarak lain: RM40 (Early Bird), RM45 (Normal), RM50 (Final)

Kalau korang nak join, kena cepat-cepat daftar dan dapatkan tiket Early Bird sebab harganya memang lebih murah dan slot ni selalunya cepat habis.

Peserta yang berjaya tamatkan cabaran akan dapat ganjaran

612227698 1179824017611435 7549142248534844309 N

Selepas berjaya menamatkan laluan obstable, peserta bukan je dapat kepuasan tapi juga beberapa ganjaran sebagai kenangan.

Antara yang korang akan dapat:

  • Akses penuh kepada laluan obstacle di MAEPS
  • Race Day wristband untuk akses event
  • Finisher T-shirt dan medal selepas berjaya menamatkan cabaran

Biasanya, untuk orang yang dah biasa join apa-apa acara perlumbaan, medal dan t-shirt ni bukan sekadar cenderahati tapi merupakan simbol usaha dan ketahanan mereka menamatkan cabaran.

Siap ada hadiah lucky draw bernilai RM70,000!

604671858 1171963841730786 7861439602774682708 N

Selain cabaran fizikal, peserta juga berpeluang membawa hadiah menarik melalui lucky draw yang disediakan.

Untuk tahun ni, Viper Challenge MAEPS 2026 menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM70,000 untuk peserta yang menyertai acara ini.

Cara nak sertai pun senang je, hanya:

  • Sertai mana-mana event Viper Challenge 2026, atau
  • Belanja sekurang-kurangnya RM100 untuk merchandise rasmi

Untuk peserta yang berjaya tamatkan semua event Viper Challenge 2026, dorang juga secara automatik akan layak untuk cabutan hadiah utama pada akhir musim nanti.

Dah bersedia nak sahut cabaran?

Kalau korang suka aktiviti lasak dan nak uji kemampuan diri, Viper Challenge MAEPS 2026 ni boleh jadi aktiviti menarik untuk korang cuba tahun ini:

📍 Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
📅 Tarikh: 10 Mei 2026
Masa: 7.00 pagi – 4.00 petang

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, korang boleh layari laman web rasmi Viper Challenge dekat sini atau ikuti mereka di media sosial: