in

“Nak tunggu malaikat maut” – Warga Emas Sakit Kanser Duduk Dalam Kubur Sebab Tak Nak Susahkan Keluarga

Warga Emas Tunggu Ajal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga emas di China menjadi bualan hangat selepas video dirinya yang duduk di dalam sebuah kubur tular di internet.


Insiden melibatkan lelaki berusia 79 tahun itu dilapor berlaku kerana dia sudah berputus asa untuk hidup gara-gara hilang harapan untuk sembuh daripada penyakit kanser limfoma.

Untitled Design

Menurut sumber, warga emas itu membuat keputusan untuk duduk di dalam kubur sambil menunggu kematian menjemput selepas dia tidak mahu menyusahkan keluarganya.

Lubang kubur berkenaan dilapor sudah digali oleh pekerja yang diupah sebagai satu persediaan untuk pengebumian warga emas itu kelak.

Menerusi rakaman video yang tular itu, warga emas berkenaan dapat dilihat sedang duduk di dalam sebuah tub yang diletakkan di dasar sebuah lubang di dalam tanah. Beberapa pegawai polis dan orang kampung dilihat mengelilinginya.

Korang boleh tengok sendiri video kat bawah ni

“Dia sedang berada dalam kesakitan. Lelaki tua itu rasa dia sudah tidak mampu untuk hidup lama,” kata saksi.

Difahamkan, anak lelaki warga emas itu sudah cuba untuk memujuk ayahnya, namun gagal sebelum pulang ke rumah untuk mengambil makanan buat ayahnya itu.

Walau bagaimanapun, warga emas yang berada di dalam kubur itu cuba membunuh diri dengan sebilah pisau yang dibawanya namun sempat diselamatkan oleh orang kampung yang kemudiannya melaporkan hal terbabit kepada pihak berkuasa.

Warga Emas Tunggu Ajal 1 E1608344751657

Difahamkan, warga emas itu kini dirawat di hospital setelah berjaya dibawa naik oleh pasukan keselamatan.

Sumber: Daily Mail

Baca: Berat Tinggal 41kg, Elyana Kongsi Keadaan Kesihatannya Yang Kian Merosot

2Elyana E1608343008353

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.