Nak dapatkan six-pack dan badan yang sado memang memerlukan keazaman dan kerajinan yang tinggi untuk bersenam di gym. Kalau tak kuat semangat, mungkin kita akan terhenti setengah jalan.
Namun, kali ini, kita dah tak payah pergi gym dah untuk dapatkan badan yang muscular sebab syarikat dari China iaitu Smitizen ada mengeluarkan produk terbaru iaitu sut badan berotot.
Menurut Oddity Central, sut badan berotot yang diperbuat daripada silikon ini ada otot yang agak realistik. Jika anda memakai baju tshirt yang ketat, sut ni juga akan menampilkan ilusi badan macam atlet sukan. Urat kat lengan pun tersembur tu!
Bukan itu je, ada sesetengah sut badan ini dilengkapi dengan bulu dada. So, memang akan nampak macam real.
Untuk pengetahuan semua, sut badan seumpama ini pada mulanya hanya digunakan oleh pelakon filem yang memerlukan badan sado dalam masa yang singkat namun lama kelamaan ia mula dijual pada orang ramai.
Difahamkan, sut ini telah mula dijual dua tahun yang lalu dan kini boleh didapati di platform jualan online China seperti di Taobao dan Aliexpress.
Sut badan berotot ni pun ada macam-macam jenis. Ada yang untuk keseluruhan bahagian atas badan dan tangan, dan ada yang hanya cover bahagian torso sahaja. Harga yang dijual pula berbeza mengikut saiz dan jenisnya.
Amacam? Korang nak pergi gym atau nak beli sut badan ni je untuk dapat badan yang sado?