in

“Nak kerjasama dengan PH atau pengkhianat” – Isham Jalil Perjelas Situasi Sebenar Di Hotel Seri Pacific

Ft Isham Jalil Jelaskan Hal Hotel Seri Pacific

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama pasca Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini dilihat semakin hangat, bermula dari kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN), selepas itu, timbul pula penafian daripada Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi. Semalam pula, tiba-tiba dilihat ahli-ahli BN bersua dengan ahli Pakatan Harapan (PH) di Hotel Seri Pacific, KL.



Disebabkan itu, tular bermacam-macam spekulasi daripada orang awam dan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil tampil memberikan keterangan terhadap situasi yang berlaku.

 

PH & PN perlukan BN untuk bentuk kerajaan

Menerusi satu video di Facebook, Isham Jalil menjelaskan bahawa pihak BN sebenarnya sudah bersedia untuk jadi pembangkang. Namun kedua-dua parti PN & PH itu memerlukan sokongan daripada BN untuk turut serta parti mereka bagi membina kerajaan.

“Kita BN tak ada hal, jadi pagi tadi(semalam) saya dimaklumkan tiada rundingan atau bercakap sesama mereka.”

“Jadi hari ini situasinya bila PH & PN dah tak boleh runding sama-sama untuk bentuk kerajaan, situasinya adalah sesiapa pun tak boleh bentuk kerajaan tanpa BN. Sekarang ni tanpa BN tiada siapa boleh bentuk kerajaan, padahal kita memang dah nak jadi pembangkang.”

Semoga penjelasan Isham Jalil dapat memberi kefahaman yang sebenar kepada semua.Kita kena memilih PN atau PH. Walau kita mahu jadi pembangkang tetapi tanpa BN Parlimen tergantung dan Negara tiada Kerajaan.Anda nak BN bersama Pengkhianat (PPBM)? Esmee Rakyat

Posted by Esmee Mat Isa on Monday, November 21, 2022

“Setakat ini tak ada apa-apa keputusan lagi, ini keputusan sukar juga buat kita samada nak kerjasama dengan PH atau kerjasama dengan pengkhianat, jadi macam mana tu.”

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafii menjelaskan jika perkara ini berlarutan ada 3 perkara yang mungkin akan berlaku iaitu, tubuh kerajaan dengan sesiapa, jalani semula PRU namun kena salur lagi RM1 biliion untuk lakukannya atau sistem monarki seperti dahulu yang wujudnya sistem parlimen ini.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang khabar angin mengenai hal ini. Dalam pada itu Isham menjelaskan bahawa, pihak mereka bersama ahli lain akan mengikut keputusan daripada pemimpin parti

Baca : PH & BN Bakal Bergabung? Mat Sabu & Ahmad Maslan Tiba di Seri Pacific Untuk Pertemuan Khas

Pertemuan Bn Ph Di Seri Pacific

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.